'Mana adab?' Ada puak rosakkan imej Penang FC maki pemain import


  • Podium
  • Khamis, 30 Jun 2022

Antara aksi Lucas Silva dalam perlawanan pertamanya bersama Penang FC.

PERLAWANAN antara Penang FC dengan Karo United FC pada Rabu menyaksikan aksi pertama pemain import baharu pasukan tersebut, Lucas Silva.

Walaupun perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1 dan Silva tidak menjaringkan sebarang gol, ramai penyokong yang memuji aksi pemain berasal dari Brazil itu.

Namun, terdapat beberapa penyokong yang nyata tidak berpuas hati dan mengutuk Silva, sedangkan pemain itu baru sehari tiba di tanah air dan terus beraksi bersama skuad Harimau Kumbang.

Kekecewaan itu dikongsikan seorang penyokong Penang FC, Shah Akmal yang memberitahu bahawa penyokong perlu ubah sikap tersebut dan beri ruang kepada pemain itu.

289101524_453898039896335_1063646249315348375_n

Aksi Penang FC ketika bertemu Karo United FC. — Facebook/Penang Football Club

"Dari tempat duduk Zon C, lepas tamat perlawanan, penyokong akan panggil pemain untuk datang dekat. Apa yang tak menarik ialah bila ada sesetengah penyokong sambut kedatangan pemain baharu dengan kata-kata makian.

"Itu ke cara kita sambut orang baharu dalam pasukan? Mana adab? Tolonglah ubah pemikiran. Pemain itu baru sahaja sampai dan nak main untuk pasukan kita.

"Tapi disambut pula dengan kata-kata kesat. Walaupun pemain itu tak faham, tapi imej pasukan dah rosak dengan puak-puak sebegini," katanya.

290693698_453897516563054_3329985401417863393_n

Pemain Penang FC cuba mengasak pemain Karo United FC. — Facebook/Penang Football Club

Beberapa penyokong lain turut bersetuju dengan pandangan tersebut dan ada yang menganggap Silva pada perlawanan itu masih bermain dengan baik.

"Baru sampai 24 jam, tak pernah berlatih dengan skuad Penang FC, tapi masih boleh cipta peluang," kata Kenneth Chew.

Fiezal Riezal Firdaus pula berkata, penyokong perlu menukar mentaliti dan tidak boleh mengharap pemain memberi aksi yang cemerlang dalam keadaan segera.

"Dia ingat pemain ini mee segera ke? Celup lima minit dalam air panas, terus boleh makan. Bagilah peluang dia nak serasi dahulu. Lepas tiga ke empat game nanti barulah boleh buat penilaian lain," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram