KETELUSAN pengadil saat menjalankan tugas dalam perlawanan Selangor menentang Sabah pada Selasa (28 Jun) dikatakan bersifat berat sebelah.
Dakwaan penyokong itu dikongsi di laman Facebook yang rata-rata berpendapat kejayaan Selangor membolosi gawang Sabah seharusnya tidak dikira.
Perkara tersebut kerana tendangan yang dilakukan oleh pemain The Red Giants, Herlison Caion De Souza Ferreira dikatakan sudah berada pada kedudukan offside.
"MFL tolong periksa mutu pengadil Selangor lawan Sabah, macam ada kontroversi di minit ketiga," kata Middin Samidin.
"Mutu pengadilan lemah baik jemput pengadil budak sekolah rendah," kata Togo Togo.
Barisan pengadil yang bertanggungjawab dalam perlawanan tersebut.— YouTube.
Penyokong mengharapkan agar kualiti pengadil lebih seimbang pada masa hadapan agar perkara sebegini tidak berulang.
"Gol Selangor off side. Penjaga garisan berada di kawasan bukan sepatutnya. Harap mutu pengadilan dapat diperbaiki.
"Cuba perhatikan kedudukan penjaga garisan gol Sabah sama ada patut atau tidak pengadil berada di kawasan tersebut? Bila kita berada di kawasan tidak tepat, bola offside tidak boleh dilihat," kata Jaihoo Azirsdk.
Dalam pada itu, penyokong Selangor mengharapkan agar pasukan memperbaiki mutu permainan yang dilihat semakin menurun terutama apabila berpeluang bermain di tempat sendiri.
Selaku tuan rumah, tentu sahaja Selangor seharusnya tampil lebih luar biasa kerana berada di gelanggang sendiri.
Namun, adat permainan ada yang kalah dan menang dalam perlawanan.
Barisan pengadil yang bertugas dalam perlawanan tersebut terdiri daripada Nafeez Abd Wahab, Farhan Abd Aziz, Hanafi Jamalluddin dan Kamil Zakaria.
Keputusan perlawanan menyaksikan Sabah berada di kedudukan kedua dengan 19 mata, sementara Selangor di posisi keenam selepas mengutip 12 mata. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram