MASIH panas isu kemasukan pemain kacukan Malaysia-England, Daniel Sang Ting ke pasukan Johor Darul Takzim (JDT).
Ramai peminat bola sepak tempat yang merasakan ada sesuatu di sebalik kemasukan pemain itu apatah lagi Daniel yang sebelum ini membuat keputusan untuk keluar dari kelab lamanya, KL City FC kerana enggan mengambil vaksin.
Apa yang menambahkan kemusykilan penyokong bola sepak tempatan adalah bagaimana Daniel secara tiba-tiba sanggup menarik balik kata-katanya dan memilih untuk beraksi bersama JDT.
Namun, seorang peminat bola sepak tempatan, Faisal Mustapha berkata, JDT sebenarnya tidak melakukan apa-apa kesalahan dalam mendapatkan khidmat Daniel.
"Daniel adalah free agent, tidak terikat kontrak dengan mana-mana kelab dalam dan luar negara sekarang.
Daniel Ting kini bersama JDT. — Facebook/Johor Southern Tigers
"Tetapi plot story dia menjadi free agent itu yang agak cliche dan lebih kurang sama sahaja dengan kisah sebelum ini.
"Itu yang menjadi pertikaian dan perbincangan peminat bola sepak tanah air," katanya.
Menurut Faisal, dengan apa yang berlaku sekarang, sudah tiba masanya untuk kelab-kelab dalam liga tempatan meneliti kontrak pemain agar apa sahaja kelompongan dapat dikurangkan.
Malah, perkara itu juga amat penting supaya jual beli dapat berlaku secara adil untuk semua pihak.
Isu Daniel ini perlu dipandang serius oleh pihak berkaitan khususnya oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).
MFL mungkin boleh menyediakan satu tetapan khusus dalam penyediaan kontrak oleh kelab-kelab bola sepak tempatan supaya penamatan, perpindahan dan kemasukan pemain berlaku secara adil. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram