Aidil menghitung hari? TCH jawab spekulasi bersama MB Kedah


  • Podium
  • Selasa, 28 Jun 2022

Cheng Hoe bersama Muhammad Sanusi perlawanan persahabatan bola sepak antara pasukan Menteri Besar Kedah menentang skuad Kementerian Tenaga dan Sumber Asli yang diadakan di Dewan Al Hana, Sik, Kedah. — Facebook Muhammad Sanusi

NAMA bekas jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe sekali lagi disebut-sebut dalam kalangan peminat bola sepak tempatan khususnya penyokong tegar skuad Kedah Darul Aman (KDA) FC yang memintanya untuk kembali memimpin skuad itu.

Prestasi KDA FC yang dilihat semakin merudum menjadi alasan kukuh penyokong pasukan Hijau Kuning untuk merayu agar Cheng Hoe menggantikan jurulatih Sang Kenari ketika ini, Aidil Sharin Sahak.

Mana tidaknya, dibawah kendalian jurulatih dari Singapura itu, pasukan Hijau Kuning hanya sekadar menduduki tangga keempat liga selepas sembilan perlawanan dengan memperoleh empat kemenangan dan tiga kakalahan.

Skuad Sang Kenari yang kini bersaing dalam saingan Piala AFC juga sekadar mengisi senarai kumpulan kerana pada aksi pertama pasukan itu tumpas 0-2 di tangan Bali United FC dalam aksi Kumpulan G, di Stadium Capt. I Wayan Dipta, Bali, Indonesia pada Jumaat

Kekalahan itu menunjukkan kegagalan Aidil dan sekali lagi penyokong fanatik Sang Kenari merayu agar jurulatih itu segera meletakkan jawatan.

aidil

Aidil sering mendapat kecaman dari penyokong Sang Kenari kerana kegaglannya dalam mengendali KDA FC.

Terbaharu, ada spekulasi lain lebih menggembirakan buat penyokong KDA FC apabila difahamkan bahawa bekas jurulatih KDA FC itu mungkin akan kembali mengemudi Sang Kenari selepas melihat kelibatnya di Kedah baru-baru ini.

Mengulas mengenai perkara itu, Cheng Hoe tidak menafikan mengenai dakwaan kehadirannya di Kedah dan beliau berkata, ia hanyalah sebagai menunaikan ajakan rakannya untuk turun bermain bola dan tiada urusan lain.

"Saya hanya jumpa kawan-kawan. Mereka ajak main bola sebagai satu kumpulan. Tiada apa-apa pun, " katanya kepada Majoriti.

Rakan yang dimaksudkan oleh jurulatih berkenaan adalah Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan beberapa bekas pemain pasukan bola sepak Kedah seperti legenda Kelantan FC, Radhi Mat Din.

WhatsApp Image 2022-06-27 at 8.06.51 PM

Cheng Hoe bersama rakann-rakanya termasuk Muhammad Sanusi pada perlawanan persahaban itu.

Aksi pada Sabtu itu merupakan perlawanan persahabatan bola sepak antara pasukan Menteri Besar Kedah (Muhammad Sanusi) menentang skuad Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang diadakan di Dewan Al Hana, Sik, Kedah.

Bagi penyokong, kehadiran Cheng Hoe pada perlawanan berkenaan pasti mempunyai niat yang tersembuyi yang mana mereka berpendapat jurulatih itu hampir selangkah untuk kembali melatih barisan pemain Sang Kenari.

Rata-rata di ruangan komen perkongsian gambar perlawanan persahabatan itu berharap agar sekembalinya pasukan KDA FC dari saingan Piala AfC akan berlaku penukaran jurulatih.

Cheng Hoe sememangnya dialu-alukan untuk kembali ke Darul Aman dan membawa kembali zaman kegemilangannya iaitu sewaktu melatih skuad Kedah pada 2014 hingga 2017 dan membantu pasukan itu menjuarai trofi Liga Premier, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih.

Sebelum ini, bukan hanya penyokong KDA FC sahaja yang ingin mendapatkan khidmat jurulatih berumur 54 tahun itu tetapi kelab Penang FC juga difahamkan berminat untuk mengambil Cheng Hoe sebagai pengendali. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram