Sukar tidur ketika selesema? Ini 6 cara atasi


  • Sihat
  • Selasa, 28 Jun 2022

Hidung tersumbat akibat pengumpulan lendir dalam hidung sering menyebabkan seseorang tidak berasa selesa. — Gambar hiasan

PERNAHKAH anda mengalami hidung tersumbat apabila selesema, hingga sukar bernafas dan tidak boleh tidur lena?

Hidung tersumbat akibat pengumpulan lendir dalam hidung sering menyebabkan seseorang tidak berasa selesa, terutamanya semasa tidur.

Malah, ada yang terpaksa menukar posisi untuk bernafas dengan lancar.

Kekurangan oksigen akibat hidung tersumbat akhirnya menyebabkan seseorang tidak dapat tidur langsung. Sebenarnya, individu yang mengalami selesema memerlukan rehat yang cukup.

Ternyata, terdapat enam cara mudah untuk mengatasi kesukaran untuk tidur akibat hidung tersumbat.

1. Mandi air suam sebelum tidur

Screenshot 2022-06-27 193325

Mandi air suam semas selesema boleh membuatkan anda bernafas dengan lebih selesa. — Gambar hiasan

Untuk mengelak kesukaran tidur akibat hidung tersumbat semasa selesema, anda boleh mandi air suam untuk bernafas dengan lebih selesa.

Jika badan terlalu lemah dan tidak larat untuk berjalan ke bilik air, anda boleh meletakkan kain suam pada bahagian hidung.

2. Ubat selesema

Ubat selesema boleh merawat beberapa masalah seperti hidung tersumbat, hidung berair, batuk, demam, dan sakit.

Pilih ubat yang sesuai dengan gejala yang anda alami atau seperti yang disyorkan oleh doktor.

Ubat yang mengandungi 'decongestant' menyukarkan anda untuk tidur, jadi ia tidak sesuai untuk anda yang ingin berehat atau tidur.

3. Gunakan strip malam

nasal-strip

Strip malam boleh merawat hidung tersumbat semasa tidur. — Gambar hiasan

Strip malam atau 'nasal strip' berfungsi untuk dilekatkan pada bahagian luar hidung.

Ia boleh merawat hidung tersumbat semasa tidur. Ini kerana strip malam boleh membantu melebarkan saluran hidung dan memudahkan udara mengalir tanpa halangan.

4. Basuh hidung dengan garam

nose-sprays-a-bit-of-relief-for-sinus-problems-rm-1440x810

Tuangkan larutan garam dan serbuk penaik ke dalam botol untuk mencuci hidung. — Gambar hiasan

Anda boleh mencuci atau membersihkan hidung dengan garam di rumah.

Anda hanya perlu mencampurkan satu per empat sudu teh garam dan satu per empat sudu teh serbuk penaik dalam 200 milimeter air suam.

Kemudian, tuangkan larutan ke dalam botol semburan untuk memudahkan anda mencuci hidung.

5. Tinggikan kepala semasa tidur

Untuk melegakan hidung tersumbat dan tidur lena, anda juga boleh meninggikan kepala dengan bantal ketika baring atau tidur.

Tetapi perlu diingat, mengangkat bantal semasa tidur boleh menyebabkan leher bengkok, sakit dan lama-kelamaan menyebabkan anda sukar bernafas.

Sebaliknya, anda boleh meninggikan kedudukan kepala anda dengan menyusun buku di bawah tilam. Ia boleh menjadikan kecondongan yang lebih semula jadi untuk badan.

6. Tidur telentang

7360

Tidur terlentang adalah kaedah terbaik ketika hidung tersumbat. — Gambar hiasan

Tidur telentang adalah pilihan terbaik apabila hidung tersumbat. Tindakan tersebut membenarkan lendir mengalir keluar. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram