Dilabel munafik, tergamak doakan kejatuhan JDT guna akaun FB palsu


  • Podium
  • Khamis, 23 Jun 2022

Kejayaan ditempa JDT seolah-olah menyemarakkan lagi api kebencian 'haters' kelab domestik lain. — Facebook/JDT

KEDUDUKAN terkini Johor Darul Takzim (JDT) yang berada di tangga kedua saingan Liga Super meskipun kurang dua perlawanan berbanding peneraju liga, Sabah FC ketika ini seakan-akan menerbitkan kegembiraan buat segelintir 'haters' atau pengkritik kelab itu.

Masakan tidak, kelab itu merupakan antara yang terkenal berbanding pasukan di negeri-negeri lain disebabkan ia dimiliki oleh Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Apatah lagi, pemain-pemainnya dikatakan tidak mempunyai masalah tunggakan gaji, sebaliknya diberikan gaji pada kadar tinggi sekiranya bermain di kelab tersebut.

Kejayaan JDT dalam beberapa saingan termasuk Liga Juara-Juara Asia (ACL) ketika menundukkan Korea Selatan, Ulsan Hyundai 2-1 pada April lalu turut dikatakan menyemarakkan lagi api kebencian segelintir penyokong pasukan lain di negara ini.

Tidak hairanlah baru-baru ini, media sosial menjadi kecoh apabila seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Mohd Izwan Bin Ramali membuat hantaran provokasi yang mendoakan kejatuhan JDT.

Dia yang dipercayai salah seorang penyokong Kelantan FC menulis: "JDT akan jatuh bila tiba masanya... Ya ALLAH ya rabbal alamin. TRW pula naik," tulisnya.

template - 2022-06-22T210650.547

Antara tangkap layar komen balas penyokong JDT.

Berang dengan perkara itu, seorang lagi pengguna Facebook, Musapbaha Matjini menyifatkan tindakan tersebut sebagai munafik apabila menyebut nama ALLAH bagi mendoakan kejatuhan pasukan lain.

"Kerana ingin pasukan orang jatuh sanggup berdoa macam tu. Ingat doa macam tu naik ke langit ke?" soalnya.

Bagi Hasnan Mohamad pula, dia hairan apabila terdapat manusia yang berdoa untuk kejatuhan sesama manusia.

"Lebih baik kau berdoa pada iblis. Terang-terangan jenis gunting dalam lipatan. Musuh dalam selimut dan tak mustahil manusia pengkhianat," katanya.

Fikril Van Persie Ams menulis: "Mendoakan kejatuhan orang tapi kau sendiri tak sedar time (masa) team (pasukan) kau naik dulu puak kau juga mendabik dada masa JDT kalah.

"Kitorang tenang je dibelasah, bila team yang dulu korang belasah dah power (bagus), korang boleh pula tak terima kenyataan. Kelakar."

Muhd Nabil pula berkata: Korang main berhempas pula, tapi masih duduk bawah b****t JDT. JDT lek lek goyang kaki still (masih) nombor 2. Ini baru nama aura champion (juara)."

Hasil semakan Majoriti mendapati, Facebook milik Mohd Izwan Bin Ramali itu merupakan akaun palsu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram