Jaami Qureshi belum tentu '1st material' Harimau Malaya — Legenda bola sepak


  • Podium
  • Selasa, 21 Jun 2022

Kehadiran Jaami Qureshi dalam skuad Harimau Malaya menjadi sebutan peminat. — Agensi

NAMA Jaami Qureshi secara tiba-tiba meledak dan menjadi sebutan dalam kalangan peminat selepas skuad Harimau Malaya berjaya mendapat tempat ke Piala Asia 2023.

Memetik perkongsian Malaysiantigerfans di Facebook, difahamkan terdapat pertemuan 'empat mata' antara Jaami Qureshi dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), namun ia lebih kepada lawatan pemain terbabit dan bukan untuk membincangkan masa depannya bersama skuad kebangsaan.

podium bola

Tangkap layar perkongsian Malaysiantigerfans di Facebook.

Bagaimanapun, menurut jurulatih berpengalaman, Mohd Azraai Khoi Abdullah, kehadiran pemain muda itu masih terlalu awal untuk diperkatakan termasuk dilihat sesuai untuk dipanggil memperkuatkan skuad kebangsaan.

"Saya fikir pihak FAM sendiri sudah tentu bijak dalam membuat keputusan. Belum tentu semua pemain luar negara itu mampu memberikan persembahan cemerlang dalam skuad kebangsaan.

"Kita sendiri sudah memiliki pemain sendiri yang sudah memastikan pasukan berjaya mendapat tempat ke Piala Asia, jadi mengapa perlu ada campur tangan pemain lain.

"Secara peribadi saya tidak bersetuju penyertaannya. Kita perlu tahu sama ada beliau di sana merupakan 'first team material' atau tidak," jelasnya kepada Majoriti.

Pada masa sama, Mohd Azraai turut mengatakan beliau tidak memahami corak permainan yang ditonjolkan Jaami Qureshi.

Jelasnya, pengalaman bermain dengan kelab antarabangsa juga bukan jaminan pemain tersebut memiliki pengalaman luas dalam permainan, apatah lagi sesuai dengan taktikal Pan-gon. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram