Video muzik Fight tampil kolaborasi Free Fire x DOLLA


  • eSports
  • Khamis, 16 Jun 2022

DOLLA! ini akan melancarkan lagu kolaborasi berjudul “FIGHT” menggabungkan beberapa bahasa dan unsur tradisional. — Agensi

GARENA mengumumkan kolaborasi istimewa antara 'game mobile' popular mereka Free Fire dan kumpulan pop terkenal DOLLA untuk acara tempatan “Free Fire Untuk Semua” pada Isnin.

Bersama kumpulan sensasi DOLLA, gelombang terbaharu acara khusus untuk semua ini akan berlangsung dari 13 Jun hingga 30 Jun 2022 yang menyaksikan Free Fire meraikan kepelbagaian dalam komunitinya.

Bahagian terbaharu kempen memberi fokus kepada pemerkasaan aneka budaya melalui Free Fire, sejajar dengan kempen “Free Fire Untuk Semua Budaya”.

Ini dibuktikan melalui kolaborasi bersama DOLLA, yang terdiri daripada Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya di mana ia membariskan ahli kumpulan dengan latar belakang budaya berlainan.

hqdefault

Free Fire juga akan adakan sesi siaran langsung bersama DOLLA pada 25 Jun. Agensi

Untuk sebahagian kempen, DOLLA akan melancarkan lagu kolaborasi berjudul “FIGHT”, menggabungkan beberapa bahasa dan unsur tradisional untuk menekankan tema budaya.

Lagu ini turut menampilkan beberapa kata kunci penting dari acara tahunan Free Fire yang berjudul Rampage, yang akan berjalan serentak bersama kempen “Free Fire Untuk Semua Budaya” pada Jun ini.

Free Fire juga akan adakan sesi siaran langsung bersama DOLLA pada 25 Jun pukul 7.30 malam dengan pelbagai permainan dan aktiviti bertemakan budaya akan diadakan semasa siaran langsung.

Dolla dalam 2

Penonton memenangi hadiah menarik seperti jaket “Free Fire Untuk Semua” dan “patches” untuk ditampal pada jaket. Agensi

Penonton juga berpeluang memenangi pelbagai barangan eksklusif termasuk barangan yang ditandatangani oleh keempat-empat ahli kumpulan DOLLA.

Dengan menyertai aktiviti media sosial yang mengharuskan kita untuk mereplikasikan semula gerak tari DOLLA dalam video muzik Fight untuk memenangi hadiah menarik seperti jaket “Free Fire Untuk Semua” dan “patches” untuk tampal di jaket tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram