Sumareh jawab kritikan dengan gol, malangnya Bahrain patah semangat Harimau Malaya selepas 3 minit


  • Podium
  • Sabtu, 11 Jun 2022

Sumareh berjaya mencetak gol buat Malaysia di minit ke 58.

MALAYSIA gagal memecahkan rekod kekalahan dengan Bahrain apabila tewas 2 -1 dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2023 pada Sabtu.

Dalam perlawanan yang berlangsung Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), skuad Harimau Malaya memberi saingan yang hebat kepada Bahrain yang berdepan kesukaran bermain di atas padang becak gara-gara hujan lebat di Kuala Lumpur sebelum perlawanan berlangsung.

Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan gagal mencetak sebarang gol walaupun Harimau Malaya bertubi-tubi berusaha membolosi gawang laawan. Namun memasuki separuh masa kedua, Malaysia awalnya berjaya mendahului selepas cetakan gol oleh Sumareh dibantu oleh Ahmad Khuzaimi Piee di minit ke 54.

Bagaimanapun, gol yang dibantu oleh Ahmad Khuzaimi Piee itu hanya bertahan selama tiga minit apabila Bahrain menjaringkan gol penyamaan yang disempurnakan oleh Abdulla Yusuf Helal.

Menambah kekecewaan tersebut, Bahrain kemudian mencetak gol kedua sekali lagi hasil jaringan Abdulla Yusuf menerusi sepakan penalti pada minit ke 81 berpunca kesilapan yang dilakukan penjaga gol negara yang juga ketua pasukan, Farizal Marlias.

Tambah malang apabila pertukaran yang dilakukan Ketua Jurulatih Kim Pang-gon dengan memasukkan Syafiq Rahim, Syafiq Ahmad, Ariff Aiman dan Safawi Rasid terutamanya tidak dapat sempat membuktikan kemampuan masing-masing.

Keputusan tersebut kekal sehingga akhir perlawanan yang mana ia sekali gus mengesahkan tempat buat Bahrain ke Piala Asia 2023. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram