'Penyokong JDT usah tekan butang panik, TMJ mesti ada pelan'


  • Podium
  • Jumaat, 10 Jun 2022

TMJ secara rasminya menyatakan hasratnya untuk mengundur diri selepas hampir sedekad mengemudi pasukan Harimau Selatan. — Facebook

TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat pengumuman mengejut memaklumkan beliau meninggalkan Kelab Bolasepak Johor Darul Takzim (JDT) pada Khamis.

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik oleh Johor Southern Tigers di Facebook, TMJ secara rasminya menyatakan hasratnya untuk mengundur diri selepas hampir sedekad mengemudi pasukan Harimau Selatan.

Baginda Tunku juga menyatakan antara faktor yang menyebabkan keputusan berat ini terpaksa diambil adalah disebabkan oleh tanggungjawab dan juga komitmen yang lain terpaksa diutamakan.

JDT Netz

Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards menjelaskan keadaan sebenar TMJ mengundurkan diri dari dunia bola sepak. Facebook

TMJ juga sempat merakamkan ucapan selamat maju jaya buat kelab kesayangannya itu dan sentiasa mendoakan agar lebih banyak kejayaan akan dikecapi pada masa akan datang.

Pengumuman yang dibuat oleh TMJ ini membuatkan seluruh penyokong bola sepak terkejut sehingga mendatangkan pelbagai reaksi apabila beliau membuat keputusan sedemikian.

Penyokong JDT pastinya paling terkesan dengan pengumuman itu, akan tetapi kebanyakkan komen dari pemain ke-12 Harimau Selatan itu berasakan peminat tidak perlu bimbang kerana TMJ sudah pasti meninggalkan perancangan yang baik buat JDT.

"Rasanya TMJ hanya mengucapkan selamat tinggal kepada kelab kerana tanggungjawab di tempat lain, namun begitu bukan bermaksud TMJ tidak lagi memantau segala aktiviti JDT. Saya suka 'vision' TMJ, beliau sangat bijak, unik dan perancangan yang teliti," tulis Melvin Spencer.

"Inilah dipanggil 'leadership', Tuanku dah buat perancangan untuk beri kepada individu yang boleh jaga JDT, segala pelan sudah dirangka cuma individu seterusnya wajib menyambung projek itu," kata Manikumar Ganessanthan.

TJM DALAM 1

TMJ merakamkan ucapan selamat maju jaya buat kelab kesayangannya dan sentiasa mendoakan lebih banyak kejayaan akan dikecapi. — Facebook

"Tapi ingatlah, walaupun TMJ dah jarang libatkan diri, dia tak akan biarkan JDT jatuh, inilah kelab yang dia bangunkan daripada kosong sehinggalah dikenali seluruh Asia," ujar Shanjeev Proton.

"TMJ dah bagi siap-siap semua perancangan akan datang pada pengurusan baharu cuma tinggal jalankan kerja sahaja, TMJ tetap akan pantau segala perkembangan JDT walaupun tidak secara 'total' seperti sebelum ini," kata Zaidelora Zaidamil.

Sepanjang tempoh hampir sedekad ini, pelbagai kejayaan demi kejayaan yang diraih pasukan Harimau Selatan itu bermula dengan memenangi gelaran Liga Super pada 2014.

Sejak dari itu, pemilik gelaran Liga Super itu tidak pernah berpindah tangan setelah JDT muncul juara saban tahun bagi lapan musim berturut-turut.

JDT DALAM 3

JDT pernah menjuarai Piala AFC pada 2015. Facebook

Kejayaan membanggakan JDT dicipta pada 2015 ketika pasukan di bawah kendalian Mario Gomez memenangi Piala AFC, sekali gus menjadi pasukan pertama dari Asia Tenggara memenanginya.

Pada tahun ini, JDT sekali lagi mengukir nama di pentas antarabangsa selepas muncul pasukan pertama negara ke pusingan 16 terbaik Liga Juara-juara Asia (ACL). Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

TMJ, JDT, Undur Diri, Harimau Selatan, Penyokong, Johor