Tok Gajah bakal sambar pakar 'freekick'


  • Podium
  • Sabtu, 04 Jun 2022

Mior merupakan pemain muda yang beraksi dengan baik mengemudi bahagian tengah terutama di posisi nombor enam.

JENDELA perpindahan Liga Malaysia (Liga M) dibuka pada hujung bulan Mei dengan menyaksikan beberapa perpindahan pemain berlaku seperti Nik Sharif Haseefy berpindah ke pasukan Terengganu walaupun pada awalnya dikaitkan dengan Sri Pahang FC.

Terlepas peluang menyambar Nik Sharif, khabar angin kembali bertiup kencang di media sosial apabila seorang pemain muda pasukan Kelantan dikhabarkan akan menyertai pasukan Tok Gajah pada jendela perpindahan kedua ini.

mior dani 2

Mior juga pernah menyarung jersi pasukan PKNS FC, Selangor II FC sebelum berhijrah menyertai pasukan Kelantan pada musim 2021.

Mior Dani Armin, mungkin akan menyertai pasukan Sri Pahang FC untuk mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan oleh Nor Azam Azih yang dipercayai bakal berhijrah ke pasukan gergasi selatan tanah air.

Jika direalisasikan, pemain berusia 23 tahun ini akan membawa impak yang besar pada pasukan Pahang yang mana dia mempunyai vision, pakar sepakan percuma dan mempunyai 'workrate' yang sangat tinggi.

Mior juga pernah menyarung jersi pasukan PKNS FC, Selangor II FC sebelum berhijrah menyertai pasukan Kelantan FC pada musim 2021.

Penyokong Pahang di media sosial turut berasa teruja dengan kemasukan pemain anak jati Selangor ini yang telah berbakti bersama pasukan Kelantan dua musim berturut-turut.

"Kenapa Kelantan FC lepaskan pemain tengah ini? Mungkin pasukan Kelantan nak ambil pemain import sebagai ganti," tulis Che Rahimi.

"Vision, workrate, specialist freekick dia ini, rugi Kelantan lepaskan dia. Pasukan Pahang dah nampak 'talent' dia," kata Faris Irfan.

"Ini pemain utama pasukan TRW itu, tak ada dia tak hidup bahagian tengah, rosak nanti taktikal pasukan," jelas Muhammad Sapuan.

Mior merupakan pemain muda yang beraksi dengan baik mengemudi bahagian tengah terutama di posisi nombor enam sudah pasti Rezal Zambery Yahya masih memerlukan khidmat pemain ini bagi mengukuhkan lagi jentera tengah pasukan Kelantan FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram