Skuad sama kena 'tapau' di Hanoi, desak Maloney letak jawatan


  • Podium
  • Jumaat, 03 Jun 2022

Malaysia bermula langkah kiri dalam perlawanan pertama Piala Asia B-23 Uzbekistan 2022 selepas tewas 1-4 kepada Korea Selatan di Stadium Lokomotiv, Tashkent, Uzbekistan.

PASUKAN Malaysia bermula langkah kiri dalam perlawanan pertama Piala Asia B-23 Uzbekistan 2022 selepas tewas 1-4 kepada Korea Selatan di Stadium Lokomotiv, Tashkent, Uzbekistan.

Sebelum ini, ketua jurulatih skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, Brad Maloney menyimpan hasrat untuk melihat skuad kendaliannya mara dengan lebih jauh dalam kempen Kejuaraan AFC B-23 di Uzbekistan.

Maloney sebelum ini membuat keputusan untuk membawa pemain yang sama beraksi di Sukan SEA ke Uzbekistan kerana tidak mempunyai pilihan pemain lain selain skuad sedia ada sudah menunjukkan keserasian bersama.

BM

Maloney menyimpan hasrat untuk melihat skuad kendaliannya mara dengan lebih jauh dalam kempen Kejuaraan AFC B-23.

Keputusan yang diambil pengendali dari Australia itu mengundang kritikan penyokong bola sepak tempatan kerana melihatkan skuad negara gagal meraih sebarang pingat ketika di Vietnam, apatah lagi di bumi Uzbekistan.

Dalam sosial media pula penyokong tidak berpuas hati dengan prestasi pasukan yang dibawa oleh Maloney walaupun mereka sudah bersama sejak bulan Mei sehingga ada yang mendesak ketua jurulatih B-23 itu meletakkan jawatan.

Seorang peminat bola sepak, Harry Maguire di dalam Facebook menyatakan, taktikal yang diterapkan oleh Maloney tidak efisien dan dia juga persoalkan kenapa pemain yang lebih baik tidak dibawa.

"Come on Brad, takkan nak main 'parking bus' setiap perlawanan, dah kena baru nak serang, skuad yang sama dengan Sukan SEA, bahagian tengah memang perkara utama yang tak diperbaiki, ada pemain yang ada 'potential' tak dibawa," tulisnya dalam Facebook.

Kenyataan beliau disokong majoriti peminat bola sepak kerana terbukti kualiti skuad Sukan SEA yang dibawa Maloney ini mempunyai jurang perbezaan yang sangat jauh dengan pasukan lawan dalam kumpulan C.

BM 6

Penyokong tidak berpuas hati dengan prestasi pasukan yang dibawa oleh Maloney walaupun mereka sudah bersama sejak bulan Mei.

"Aku tunggu diorang ini lawan Thailand dan Vietnam, kalau kalah juga lebih baik hantar diorang ini ke sekolah kemahiran, boleh juga jamin masa depan budak-budak ini, untuk jurulatih boleh hantar sekolah rendah ajar budak kenal bola, bukan ajar taktikal," kata Zack Waa.

"Main tak ada 'teamwork', gila kuasa dengan buat 'mistake', kata belajar dari buat kesilapan ini makin banyak buat silap sahaja, ini teguran bukan nak jatuhkan semangat, sebab kami ini tak layak main untuk Malaysia jadi awak harapan kami," jelas Mohd Izudin.

"Macam mana Brad boleh terfikir tak nak rombak pasukan lepas Sukan SEA? Pasukan ini dengan Indonesia pun kalah lagi nak bawa semua ke Piala Asia, mungkin Brad dah boleh mula letak jawatan dengan taktikal pun teruk," ujar Pok Nik.

Untuk rekod, pasukan B-23 negara di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee pernah menewaskan pasukan Korea Selatan dalam kejohanan Sukan Asia yang berpihak kepada pasukan negara dengan jaringan 2-1 pada 2018.

BM 4

Kedudukan semasa Kumpulan C selepas perlawanan pertama pada Khamis.

Kejohanan Piala Asia B-23 di Uzbekistan menyaksikan Malaysia diletakkan dalam Kumpulan C bersama-sama juara bertahan, Korea Selatan serta gergasi Asia Tenggara yang beraksi di pentas akhir Sukan SEA iaitu Thailand dan Vietnam.

Malaysia bakal bertemu Thailand pada Ahad (5 Jun) pukul 11 malam di Stadium Milliy, Uzbekistan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram