GBX Esports harumkan nama Malaysia, layak ke FIFAe Club World Cup 2022 di Denmark


  • eSports
  • Sabtu, 04 Jun 2022

GBX Esports menjadi pasukan pertama layak ke kejohanan FIFAe Club World Cup 2022 yang akan diadakan Copenhagen, Denmark.

SEJARAH tercipta pada Khamis apabila pasukan dari Malaysia, GBX Esports menjadi pasukan pertama layak ke kejohanan FIFAe Club World Cup 2022 yang akan diadakan Copenhagen, Denmark pada 20 Julai hingga 23 Julai.

Pasukan GBX Esports yang dianggotai oleh Luqman Haziq Hajiman (LuqmanHzq) dan Ahmad Akmal Abd Rafil (AkmalJHD) berjaya menempah slot ke FIFAe Club World Cup 2022 apabila menewaskan satu lagi pasukan GBX Esports.

WhatsApp Image 2022-06-02 at 3.59.16 PM

LuqmanHzq, AkmalJHD, ImranDeen dan Chamack bersaing di peringkat saringan bawah di FIFAe Club Series Asia Playoff.

Pasukan lawan dianggotai oleh Muhamad Imran Burhanudeen (ImranDeen) dan Muhamad Muzaffar Zuhair Mustaffa (Chamack) di peringkat saringan bawah di FIFAe Club Series Asia Playoff.

Sejurus memenangi perlawanan itu, GBX Esports mengesahkan slot itu kerana dua pasukan terbaik layak untuk ke kejohanan di Copenhagen, Denmark.

Kejohanan FIFAe Club World Cup 2022 ini bermula pada November 2021 dan disertai lebih 100 pasukan terbaik seluruh Asia.

Terdapat empat minggu saingan yang dinamakan FIFAe Club Series dan empat pasukan terbaik layak bermain di FIFAe Club Series Asia Playoff.

WhatsApp Image 2022-06-02 at 3.59.17 PM

Kejohanan FIFAe Club World Cup 2022 menawarkan hadiah bernilai USD 300,000 (RM 1,200,000).

“Pasukan GBX Esports membuktikan bahawa ianya bukan satu perkara yang mustahil untuk layak ke kejohanan dunia. Paling penting, keyakinan dan kesungguhan pemain menjadi kunci utama kejayaan ini”.

“Pemain bersedia dan mempunyai keyakinan untuk menjadi yang terbaik di rantau ini kerana persediaan yang rapi telah disusun oleh pihak pengurusan GBX Esports”, ulas pengurus pasukan GBX Esports, Aris Danial.

Kejohanan FIFAe Club World Cup 2022 menawarkan hadiah bernilai USD 300,000 (RM 1,200,000). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram