'Insiden Sumareh' berulang? CEO Selangor nafi pikat Mintah ikut 'pintu belakang'


  • Podium
  • Rabu, 01 Jun 2022

Perpindahan Mintah ke Selangor kembali menjadi perbualan peminat selepas pernah dikaitkan menyertai gergasi Lembah Klang itu musim lepas.

TULAR satu tangkap layar gambar yang didakwa perbualan WhatsApp di antara Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pasukan Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon bersama pemain import pasukan Terengganu FC, Jordan Mintah sejak Isnin.

Perbualan menerusi aplikasi WhatsApp itu memaparkan menunjukkan Johan didakwa menghubungi Mintah dan mengajak pemain tersebut untuk berbincang tanpa melalui Terengganu FC sebagai majikan kepada pemain import tersebut.

WhatsApp Image 2022-06-01 at 4.13.45 PM

Tangkap layar perbualan Whatsapp kononnya Johan didakwa menghubungi Mintah dan mengajak pemain tersebut untuk berbincang tanpa melalui Terengganu.

Malah, di dalam tangkap layar tersebut kononnya Johan turut memberikan pautan 'Google Meet' untuk membolehkan perbualan antara dua pihak dilakukan secara sidang video.

Disebabkan perkara itu, peminat bola sepak tanah air berasa terkejut jika masih ada unsur 'pintu belakang' untuk mendapatkan pemain walaupun Liga Malaysia sudah bergerak secara profesional.

satu fake

@UmmarIkhwan mendakwa Selangor menggunakan 'pintu belakang' untuk mendapatkan Mintah. Twitter

Seorang penyokong bola sepak @UmmarIkhwan di dalam Twitter, mendakwa, CEO Selangor FC telah menggunakan cara kotor untuk mendapatkan pemain dari pasukan lain tanpa berbincang dengan pasukan majikan.

"Selangor lalu pintu belakang? dulu Sumareh, sekarang Jordan Mintah? mana boleh 'deal' dengan 'player' tanpa kebenaran kelab? kalau Selangor buat semua okay ke? tak jadi masalah?," ciapnya.

Ciapan Twitter oleh @UmarIkhwan itu mendapat pelbagai reaksi orang ramai yang tidak berpuas hati jika pasukan Selangor cuba mendapatkan pemain dengan cara yang kotor itu.

"Saya harap MFL boleh ambil tindakan segera, tak masuk akal kalau 'deal' pemain macam ini, lagi pun terus 'direct' dengan 'player', tak professional langsung," kata @Amalinahema1.

"Jangan biarkan benda-benda sebegini berlaku lagi, FAM dan Terengganu FC tolong jangan ambil sikap berkecuali kepada mana-mana pasukan," jelas @Mohd_Anees_ali.

"Dulu masa Akhyar masuk JDT tak lalu belakang ke, memang JDT pakai niat sahaja ke nak dapatkan Akhyar? Syahmi pergi JDT, Tak ada WhatsApp TMJ? Masa TMJ tunjuk kontrak Selangor offer dekat sumareh itu TMJ dapat dari mana guna cara surat menyurat ke? ujar @Fandll.

fake 2

Johan menafikan mengenai perbualan tersebut dan tindakan akan diambil kepada mereka yang mencetuskan info palsu itu. Twitter

Namun, Johan menerusi laman rasmi Twitter menafikan mengenai perbualan tersebut dan tindakan akan diambil kepada mereka yang mencetuskan info palsu itu.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya perbualan menerusi WhatsApp bersama Jordan Mintah yang sedang tular, ia adalah palsu dan saya akan membuat laporan polis dalam masa terdekat,” ujar Johan.

Mintah sendiri turut menafikan perkara ini apabila beliau memuat naik gambar di laman media sosial Instagram miliknya dengan menyatakan perbualan WhatsApp tersebut palsu dan menegaskan hatinya masih tetap bersama Terengganu.

Untuk rekod, Mintah pernah dikaitkan untuk menyertai gergasi Lembah Klang itu pada musim lepas. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram