Borong sakan, 3 bekas import kembali dalam radar JDT


  • Podium
  • Khamis, 02 Jun 2022

Cabrera dikhabarkan bakal kembali ke pangkuan JDT. — Johor Southern Tigers

PASUKAN Johor Darul Takzim (JDT) dikhabarkan kembali mengintai khidmat tiga bekas pemain import pasukan itu pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia musim ini.

Perkara itu dikongsi menerusi hantaran daripada akaun Facebook, Johor Harimau Selatan yang menyatakan bahawa tiga pemain tersebut merupakan Jonathan Harrera, Gonzalo Cabrera dan Juan Martin.

Ketiga-tiga nama ini dikaitkan dengan skuad Harimau Selatan yang mana Harrera, Cabrera dan Martin dikatakan bakal kembali ke pangkuan pasukan itu.

Harrera yang merupakan pemain bola sepak Argentina, dikhabarkan akan kembali menyertai JDT selepas dipinjamkan kepada Patronato dalam Divisyen Primera Argentina.

285354969_2310184065787685_5730376636841935293_n

Pemain penyerang itu adalah satu-satunya pemain yang mencapai kejayaan sebagai penjaring gol terbanyak empat peringkat berbeza bola sepak Argentina.

Sementara itu, Cabrera pula yang keluar dari JDT pada tahun lalu disebut-sebut akan kembali bagi melengkapkan jentera penyerang pasukan itu.

285409798_2310139549125470_7416955586466734152_n

Cabrera sebelum ini beraksi selama selama lima tahun bersama JDT dan menjadi tonggak pemain import pasukan.

Dia juga merupakan penjaring terbanyak pasukan itu sepanjang zaman untuk Liga Super (43 gol) dan kesemua pertandingan (66) dalam 152 penampilan sejak 2017.

Dalam pada itu, selepas bertukar angin ke kelab Tijuana pada 2017, Martin yang juga pernah bersama JDT sebelum ini turut disebut-sebut akan kembali ke pasukan itu.

285289850_2310138839125541_2349270718779132598_n

Martin juga merupakan antara tonggak import yang memainkan peranan penting dalam kejayaan JDT, malah, Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim sebelum ini pernah mengatakan bahawa baginda akan sentiasa membuka pintu kepada beliau untuk kembali bersama pasukan.

Cuma pada masa sama, peminat kini berteka-teki mengenai nasib pemain import sedia ada musim ini jika benar ketiga-tiga pemain itu kembali ke pangkuan JDT.

Malah, terdapat juga khabar angin khususnya Cabrera juga akan dinaturalisasikan sebelum didaftarkan JDT sebagai pemain baharu.

Selain ketiga-tiga import terbabit, bekas pemain Espanyol, Jordi Amat yang kini pemain naturalisasi Indonesia juga disebut-sebut bakal memperkuatkan JDT.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram