Menyerang dan terus menyerang, Liverpool ibarat Malaysia


  • Podium
  • Selasa, 31 Mei 2022

Liverpool tewas 0-1 ke atas Real Madrid baru-baru ini. — Gambar hiasan/Agensi

SETIAP kali selepas perlawanan bola sepak berakhir, ia pasti akan menerima respons peminat sukan itu di seluruh dunia.

Ini termasuk kejayaan Real Madrid 1-0 menentang Liverpool, sekali gus merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara buat kali ke-14 di State de France, di Paris, Perancis.

Turut menyaksikan perlawanan itu, halaman Harimau Malaya menyifatkan Liverpool jauh lebih hebat berbanding Real Madrid.

Hal ini kerana dakwanya, Real Madrid menguasai bahagian tengah dan perlawanan.

"Beberapa percubaan berbahaya tetapi berjaya diselamatkan penjaga gol Real Madrid.

"Kemudian min perhatikan pula pasukan Real Madrid, mereka bertahan dengan solid dan kompak, mereka tak main parking bus, mereka bertahan, menyerap tekanan dan mengatur kembali pasukan sejurus sahaja bola berada dalam posisi mereka.

"Satu tahap disiplin yang sangat tinggi, " katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Mengulas lanjut, Harimau Malaya berkata, Liverpool diibaratkan seperti pasukan Malaysia yang bertindak menyerang dan terus menyerang.

Kedua-duanya juga dilihat serupa kerana mampu menguasai permainan.

"Tapi bila kena counter attack sekali, bolos.

"Real Madrid pula bermain secara berpasukan dengan baik sekali. Walaupun di hujung perlawanan Karim Benzema macam tamak sikit, tapi bahagian pertahanan mereka tetap solid sebagai satu pasukan," katanya.

Halaman itu juga berharap Harimau Muda Bawah 23 (B-23) yang berlepas ke Uzbekistan pada Isnin dapat bermain sebagai satu pasukan.

"Bentuk keserasian yang korang (anda) canang-canangkan tu dengan tahap tertinggi. Jangan tamak, kekal disiplin sepanjang masa perlawanan, jangan cuai.

"Yakin pada rakan melebihi yakin diri sendiri. Korang semua boleh lakukan sebab dalam bola sepak tidak ada yang mustahil," tambahnya.

Bagi kempen Piala Asia B-23 nanti, skuad negara akan menentang juara bertahan, Korea Selatan selain dua seteru Asia Tenggara iaitu Vietnam dan juga Thailand selepas diundi dalam Kumpulan C dengan saingan bermula 2 Jun. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram