'Bukan salah kelab bayar gaji tinggi, tapi FAM perlu pastikan pemain beraksi mati-matian demi negara'


  • Podium
  • Isnin, 30 Mei 2022

Antara aksi skuad Harimau Malaya ketika bertemu dengan Brunei dalam perlawanan persahabatan baru-baru ini. — Bernama

KECOH minggu ini bila ramai yang mempertikaikan soal gaji pemain tempatan yang tinggi telah mempengaruhi aksi ketika mewakili negara.

Malah, ada yang mengatakan bahawa disebabkan mahu gaji yang tinggi sehingga seorang pemain sanggup diletakkan di kerusi simpanan yang secara tidak langsung telah menjejaskan prestasinya.

Namun, ada juga peminat yang menyatakan rasa tidak setuju jika kenyataan gaji tinggi memberi kesan kepada prestasi pemain bola sepak terutamanya ketika mewakili negara.

sumareh

Pemain kelab JDT yang beraksi untuk negara, Sumareh, antara yang mendapat kritikan penyokong kerana aksi hambar.

Seorang peminat, Sanusi Timat tidak bersetuju jika gaji dijadikan alasan dan punca ada pemain yang bermain untuk negara secara sambil lewa atau tidak sepenuh hati.

"Menyalahkan kelab yang bayar gaji tinggi menyebabkan pemain tidak beraksi sambil lewa tidak perlu sebenarnya.

"Penyelesaian sebenarnya ada pada pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu sendiri. Jika pandai menguruskan pemain, tentu mereka akan bermain mati-matian," katanya.

Jelasnya lagi, arena bola sepak negara sudah memasuki era profesional dan gaji pemain juga perlu seiring.

"Kalau FAM gagal mentadbir dan mengurus pasukan, itu salah mereka," katanya.

file7l6elu5kq5213ox2g8p3

Pemain Terengganu FC, Faisal Halim (tengah) mendapat pujian ketika beraksi mewakili negara. — Bernama

Sementara itu, seorang lagi peminat, Syed Isahak juga berpendirian yang gaji pemain dibayar tinggi kerana membawa kemajuan kepada kelab.

"Untuk negara, kita kena maklum yang dia dibayar oleh kelab untuk bermain. Kalau kelab lepaskan, tiada masalah tetapi FAM pun perlulah tahu mengambil hati pemain tersebut.

"Bukannya sekadar datang dan pula dengan tangan kosong, hanya kelab yang tanggung. Berilah sedikit sumbangan kepada pemain sebagai tanda beri semangat," katanya.

Tambahnya, disebabkan itu juga ramai yang bila dipanggil FAM untuk mewakili negara, ada yang menolak kerana risau kecederaan dan akhirnya memberi kerugian kepada negara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram