'Sawadikap', peminat pecah rahsia bintang bola sepak Thailand bakal meriahkan skuad Kedah


  • Podium
  • Khamis, 26 Mei 2022

Elias Dolah antara nama bakal disebut-sebut ke KDA FC. — Agensi

NAMA Youssef Elias Dolah sedang hangat diperkatakan ketika ini apabila disebut-sebut bakal berpindah ke kelab Kedah Darul Aman (KDA) FC.

Perkara itu bermula apabila kelab penyokong Hijau Kuning Supporter membuat hantaran di laman Facebook berbunyi 'Sawadikap', yang merupakan ucapan salam dalam bahasa Thailand.

Segelintir pengguna laman sosial yang memberi respons terhadap hantaran itu membuat tekaan nama pemain pertahanan tengah tersebut.

template (77)

Antara tangkap layar komen netizen berhubung perpindahan Elias Dolah ke KDA FC.

Putera Sulong memberi jangkaan: "Mai aku pecah rahsia...yang nak mai tu Elias Dolah,"

Turut berpendapat sama, Alif Jeffery berkata: "Welcome junior eldstar... haha.. teka kot kena sebab dia dari liga Thai,"

Elias Dolah yang berusia 29 tahun merupakan pemain bola sepak profesional yang bermain sebagai bek tengah untuk kelab Liga 1 Thailand Port F.C.

Beliau dilahirkan di Lund, Sweden, dan bermain untuk pasukan kebangsaan Thailand.

Pemain yang mempunyai ketinggian 1.96 meter itu merupakan kacukan Melayu-Thai di sebelah bapa manakala Sweden di sebelah ibunya

Secara teknikalnya, Elias Dolah boleh beraksi untuk Malaysia menggunakan faktor ‘heritage’ dari moyangnya yang berasal dari Kelantan.

Elias Dolah juga pernah turun beraksi menentang pasukan Liga Super Malaysia pada tahun 2015 ketika bertemu Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, yang mana ketika itu beliau beraksi bersama Songkhla United. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram