Tiga pemain JDT kena duduk 'bench' kalau Cabrera kembali beraksi


  • Podium
  • Selasa, 10 Mei 2022

Peminat bola sepak tanah air terus berteka-teki berhubung khabar angin sama ada Cabrera bakal menyarung semula jersi JDT. — Facebook

KHABAR angin yang mengatakan bahawa pemain legenda Johor Darul Takzim (JDT), Gonzale Cabrera yang dikatakan akan kembali ke Malaysia sebagai pemain tempatan, semakin bertiup kencang.

Setakat Isnin, tiada sebarang pengesahan dibuat oleh pihak JDT atau pemilik skuad Harimau Selatan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di mana-mana platform media sosial kelab bola sepak tersebut.

Keadaan itu membuatkan ramai peminat bola sepak tanah air terus berteka-teki berhubung khabar angin sama ada Cabrera bakal menyarung semula jersi JDT.

Seorang penyokong JDT, Yamin Aswat berpendapat, tidak menjadi masalah jikalau pemain kelahiran Argentina itu dinaturalisasikan sebagai pemain tempatan.

"Baguslah kalau dah dinaturalisasikan sebagai pemain tempatan, dah jadi pemain tempatan, dah ada pasport atau kad pengenalan Malaysia.

"Jadi, tiada masalah untuk wakili skuad kebangsaan, boleh wakili Malaysia. Kalau betul jadi, kuota kesebelasan pemain utama di JDT pun, Cabrera akan isi slot pemain tempatan," katanya di Facebook Johor Southern Tiger (JDT) Official.

WhatsApp Image 2022-05-09 at 7.34.08 PM

netz 2

Tangkap layar komen Yamin terhadap khabar angin yang mengatakan Cabrera bakal menjadi pemain naturalisasi JDT. — Facebook

Katanya lagi, pemain sayap JDT, Akhyar Rasid berkemungkinan perlu bersaing dengan Cabrera jika tidak mahu duduk di kerusi simpanan.

"Sama ada Akhyar kena duduk bench atau Cabrera yang akan duduk bench. Siapa yang perform, dialah yang akan main kesebelasan utama.

"Yang jadi tak bagus, kalau dah dinaturalisasi, tapi tak nak main skuad kebangsaan, ambik slot pemain tempatan dan benchkan pemain tempatan yang sepatutnya main.

"Situasi ni yang merugikan satu slot pemain tempatan dan skuad kebangsaan," tambahnya.

Yamin turut merasakan bahawa kemasukan Cabrera juga akan menyebabkan ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora terpaksa mengetepikan pemain sayap, Safawi Rasid dan Mohamadou Sumareh.

"Kalau Cabrera tak masuk pun, Safawi dan Sumareh tu dah kesian dah pun. Lagi-lagi Sumareh. Dah jadi pilihan nombor tiga selepas Arif Aiman, Safawi, kemudian barulah Sumareh.

"Masuk Cabrera nanti, lagilah. Kalau Mora nak main tiga forward depan gandingan Cabrera, Bergson Gustavo Silveira da Silva dan Fernando Forestieri, masaklah Safawi dengan Sumareh.

"Sebab dua-dua ni tiada kemampuan nak main dua posisi sayap kanan kiri. Arif Aiman dengan Ramadhan Saifullah ada keupayaan lagi main kiri kanan. Tapi Akhyar pulak nanti jadi pilihan ke-2 atau ke-3," katanya melontarkan pendapat.

Untuk rekod, sepanjang bersama JDT, Cabrera berjaya membantu pasukan itu muncul juara liga sejak 2017 hingga 2021 selain Piala Sumbangsih (2018 hingga 2021) dan Piala Malaysia (2018 dan 2019).

Sebelum ini, JDT mengesahkan tidak akan menyambung kontrak pemain sayap kiri pasukan itu bagi mengharungi kempen Liga Malaysia (Liga M) dan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim 2022. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram