Petik kelab Zamsaham, Kelantan layak ikut jejak JDT


  • Podium
  • Khamis, 05 Mei 2022

Kelantan dilihat sedang mengikuti jejak JDT di bawah pengurusan Zamsaham. — Kelantan FC

SELEPAS kejayaan Johor Darul Takzim (JDT) melangkah ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2022 buat kali pertama pada Sabtu, ramai pihak yang mula mengambil inspirasi daripada kelab itu.

Banyak kelab sudah mula membuka mata dan mahu mengikuti formula kejayaan pasukan itu di peringkat nasional dan juga antarabangsa.

Seorang peminat bola sepak tempatan, Zahiril Brandon berpendapat, salah sebuah kelab yang dilihat sedang mengikuti jejak JDT adalah Kelantan FC.

Dia melihat Kelantan mempunyai potensi untuk menjadi pencabar dalam Liga Super satu hari nanti dan mampu mengiringi JDT ke peringkat Asia kelak.

"Lepas ni yang kekal akan follow track JDT hanya satu kelab saja, Kelantan FC, boss Zamsaham punya kelab.

"Tengah slow mendaki tangga nak ke Liga Super, sikit hari lagi mungkin jadi pencabar daIam Liga Super dan join JDT main level Asia," katanya di Facebook.

Kelantan kini menghuni tangga pertama Liga Premier dengan 15 mata selepas enam perlawanan berlangsung.

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham sebelum ini meluahkan rasa kagumnya terhadap kejayaan JDT dan bertekad mahu mengikut jejak pasukan itu.

Katanya, kejayaan JDT di pentas ACL tahun ini telah berjaya membuka jalan buat kelab-kelab Malaysia lain untuk berusaha lebih lagi.

Terdahulu pemilik Cardiff City, Tan Sri Vincent Tan menyifatkan kejayaan yang dicapai oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim merupakan persediaan, perancangan rapi serta visi yang serius.

Menurut Vincent, kejayaan JDT itu boleh dijadikan ikutan terbaik buat seluruh kelab Liga Malaysia yang mana beliau percaya akan lebih banyak pasukan negara menjadi lebih berkualiti jika berhasil mengikuti rentak TMJ.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

kelantan fc, jdt, liga super, zamsaham