
"BADAK (nama panggilan Shahrul Saad) nampaknya nampaknya sedang membalas budi dan jasa pada pada pasukan Johor Darul Takzim (JDT)," itu perkongsian seorang peminat, Hamidon Ismail tentang pemain pertahanan Harimau Selatan, Shahrul Saad.
Kata peminat itu lagi, aksi cemerlang Shahrul atau nama sebenar, Mohd Shahrul Mohd Saad, 28, bersama JDT adalah hasil keprihatinan dan hospitaliti pasukan itu yang merawatnya semasa cedera.
"Badak (Shahrul) dari Perak yang dulu cedera tapi dirawat oleh JDT selama beberapa bulan untuk pulih dengan sebaiknya.
"Dia menghargai keprihatinan hospitaliti pegawai perubatan dan nampaknya sedang membalas budi serta jasa pada pasukan JDT, terbaik Badak, hasil yang baik selepas pemulihan, teruskan aksi terbaik mu," katanya.
Hamidon meninggalkan komen itu pada satu hantaran tentang Shahrul di akaun Facebook, JOHORean Sport Team.
Hantaran tersebut berkongsi gambar raya pemain kelahiran Perak itu yang kini difahamkan beraya di kampung halaman bersama keluarga yang tersayang.
Menerusi hantaran tersebut, peminat juga tidak melepaskan peluang menyampaikan ucapan hari raya buat pemain tersebut dan memuji aksi yang dipamerkan olehnya bersama JDT.
Salah seorang peminat, Razak Jdt turut menyampaikan ucapan tahniah kepada pemain tersebut kerana tidak mensia-siakan peluang untuk berhijrah ke JDT.
"Tahniah Shahrul, tidak sia sia anda berhijrah ke JDT kerana anda tidak menunggu lama untuk mengambil tempat di kesebelasan utama.
"Rasanya juga anda 'orang baharu' pertama yang diberi tanggungjawab sebagai ketua pasukan dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL).
"Saya mendoakan agar anda terus mencapai kejayaan yang lebih banyak bersama JDT," ujarnya.
Tambah Razak lagi, dia turut menasihatkan Shahrul supaya menjaga permakanan bagi mengekalkan stamina di hari raya.
Sementara itu, pemlik akaun EpoyBasir Keon pula menyatakan bahawa Shahrul merupakan pengganti terbaik kepada Aidil Zafuan yang juga merupakan pemain pertahanan legenda JDT.
Katanya, meskipun kehadiran Shahrul awalnya tidak disenangi segelintir pihak, dia telah membuktikan bahawa kehadirannya sebagai sebahagian dalam revolusi JDT.
"Ramai dulu kutuk pemindahannya ke JDT, Alhamdulillah kini hidup selesa dengan kebajikan yang dapat.
"Ramai kata dia (Shahrul) hanya panaskan bangku simpanan, inilah penganti Aidil akan datang, Aidil legenda di JDT dari mula revolusi JDT," kongsinya.
Perpindahan Shahrul ke JDT sebelum ini pernah menjadi teka-teki dan perbualan hangat ramai memandangkan dia merupakan tonggak utama Perak FC.
Bagaimanapun, pada 8 Mei 2021, semua persoalan terjawab apabila Shahrul disahkan menyertai Harimau Selatan bersama rakan sepasukan, Guilherme de Paula. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram