Tiga sebab JDT mampu tewaskan Ulsan Hyundai


  • Podium
  • Jumaat, 29 Apr 2022

JDT bakal berdepan Ulsan Hyundai dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan ACL 2022 pada Sabtu. — Bernama

SABTU ini, Johor Darul Takzim (JDT) berdepan dengan misi wajib menang bagi mencerahkan peluang ke peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2022.

JDT ketika ini memimpin kumpulan I dengan 10 mata diikuti Ulsan Hyundai yang turut mengumpul 10 mata. Wakil Jepun, Kawasaki Frontale di tangga ketiga dengan lapan mata manakala pasukan China, Guangzhou FC sudah tersingkir selepas mengharungi kempen musim ini tanpa sebarang kemenangan.

Di atas kertas, Kawasaki Frontale boleh dianggap sudah menang ke atas Guangzhou FC.

Jika situasi yang mana Kawasaki Frontale menang manakala JDT dan Ulsan Hyundai seri, ketiga-tiga pasukan akan mengumpul 11 mata dan rekod pertemuan adalah seimbang antara kesemua pasukan.

Namun jika itu berlaku, agak sukar melihat JDT melangkah ke peringkat seterusnya kerana perbezaan gol antara ketiga-tiga pasukan teratas tidak berpihak kepada JDT.

Sejak pertama kali beraksi di pentas ACL pada 2019, ini merupakan kali pertama JDT dilihat berpeluang ke peringkat seterusnya.

Pada edisi-edisi sebelum ini, persembahan skuad Harimau Selatan tidak begitu memberangsangkan dan peluang ke pusingan 16 terakhir selalunya tertutup selepas tiga atau empat perlawanan.

Tidak mustahil, musim ini JDT mungkin boleh mencatat sejarah layak ke peringkat seterusnya buat kali pertama berdasarkan tiga faktor ini:

ISKANDAR PUTERI 18 April -- Penyerang sensasi JDT Bergson Da Silva meraikan gol kemenangan jaringannya ketika menentang Ulsan Hyundai FC pada perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) bagi kumpulaan I di Stadium Sultan Ibrahim hari ini.JDT menang 2-1.--fotoBERNAMA(2022) HAK CIPTA TERPELIHARÄ

Foto: Bernama

Kualiti Bergson

Musim lalu, penyerang Brazil, Bergson da Silva gagal menjaringkan sebarang gol dalam ACL 2021 yang menyaksikan JDT hanya menjaringkan tiga gol dalam keseluruhan kempen.

Namun, pada ACL tahun ini, Bergson merupakan penjaring kedua terbanyak setakat ini dengan enam gol daripada lima perlawanan. Dia juga merupakan pemain JDT pertama menjaringkan hatrik di pentas ACL.

Ini membuktikan peningkatan kualiti yang dipamerkannya dan selepas berjaya menjaringkan satu gol ketika menewaskan Ulsan Hyundai sebelum ini, dia pasti mahu meledak gawang kelab Korea Selatan itu sekali lagi kali ini.

Jika dilihat persembahannya pada musim ini, jelas menunjukkan Bergson semakin selesa pada musim keduanya bersama JDT dan boleh dikatakan dalam perjalanan untuk mencatat namanya menjadi legenda Harimau Selatan.

279344448_5070221023047748_3309914960377951813_n

Foto: AFC

Keletihan Ulsan Hyundai

Ketika perlawanan terakhir mereka pada Rabu, Ulsan Hyundai terpaksa berhempas pulas untuk mencatatkan kemenangan 3-2 ke atas Kawasaki Frontale, manakala JDT boleh dikatakan tidak perlu bekerja keras untuk menumpaskan barisan muda Guangzhou FC.

Situasi ini semestinya memberi kelebihan buat barisan pemain JDT yang akan turun dengan lebih bertenaga, manakala Ulsan Hyundai mungkin sedikit keletihan selepas bertungkus lumus dalam aksi terakhir mereka.

Jika JDT menampilkan skuad sama yang menumpaskan Ulsan Hyundai 2-1 tempoh hari, kemungkinan besar mereka boleh mencatatkan kemenangan sekali lagi ke atas pendahulu K League 1 itu, seterusnya menjuarai kumpulan I.

sultan_ibrahim_stadium18

Foto: JDT

Pemain ke-12

Bermain di laman sendiri pastinya memberi tonik tambahan buat mana-mana pasukan sekalipun dengan sorakan lantang bagi menaikkan semangat pemain.

Bukan itu saja, penyokong tuan rumah juga boleh membangkitkan perasaan gerun kepada pemain lawan dan meruntuhkan moral mereka.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut memberi 'amanat' kepada penyokong JDT supaya beramai-ramai turun ke Stadium Sultan Ibrahim pada Sabtu.

Diharapkan, penyokong JDT malah penyokong bola sepak tempatan lain mampu menyahut seruan itu untuk memastikan JDT terus membawa cabaran negara dalam pentas ACL 2022. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram