'Kita akan lawan sampai mati' — Amanat TMJ untuk seluruh bangsa Johor lawan Ulsan


  • Podium
  • Khamis, 28 Apr 2022

Tunku Ismail menyeru semua penyokong JDT membanjiri Stadium Sultan Ibrahim Sabtu ini. — JDT

PEMILIK Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyeru semua penyokong Harimau Selatan membanjiri Stadium Sultan Ibrahim menjelang perlawanan terakhir kumpulan I Liga Juara-Juara AFC (ACL) menentang Ulsan Hyundai pada Sabtu.

JDT, yang memimpin Kumpulan I ketika ini, memerlukan kemenangan untuk mencerahkan diri layak diri ke peringkat seterusnya buat kali pertama dalam sejarah.

Tunku Ismail turut menyeru penyokong untuk memohon doa supaya pasukan itu dapat melepasi peringkat kumpulan.

"Bagi full stadium sabtu ni. Kita akan fight sampai mati. Doa semoga kita dapat cipta sejarah baru buat club dan Johor demi keluarga JDT. Mudah mudahan, Insya-ALLAH," menerusi balasan di ruangan Instagram rasmi JDT pada Khamis.

JDT ketika ini menduduki tangga pertama dengan 10 mata selepas empat perlawanan, diikuti Ulsan Hyundai juga dengan 10 mata.

Kawasaki Frontale di tangga ketiga dengan lapan mata manakala Guangzhou FC di tangga tercorot tanpa mencatatkan sebarang mata.

JDT, Ulsan Hyundai dan Kawasaki Frontale ketika masih memiliki peluang untuk mara ke peringkat seterusnya yang akan ditentukan pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan Sabtu ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram