Kumaahran tewaskan bintang JDT, KDA FC raih pemain terbaik Liga Super


  • Podium
  • Jumaat, 29 Apr 2022

Kumaahran (kanan) merupakan pemain terbaik Liga Super bagi bulan Mac 2022. — Bernama

PEMAIN tengah PJ City FC, S.Kumaahran dipilih sebagai pemain terbaik bulanan Liga Super, Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) - asiana.my bagi bulan Mac 2022.

PFAM dalam satu kenyataan memaklumkan, Kumaahran menerima undian tertinggi iaitu sebanyak 52.94 peratus (11,368 undi), mengatasi pemain Kedah Darul Aman (KDA) FC Muhammad Syafiq Ahmad di kedudukan kedua dengan 20.46 peratus (4,394 undi).

Ia diikuti dua pemain Johor Darul Takzim iaitu Bergson Da Silva dengan 17.09 peratus (3,670 undi) dan juga Fernando Forestieri yang memperoleh 8.75 peratus (1,879 undi).

Pemain KL City FC, Zhafri Yahya di tempat kelima dengan 0.75 peratus (160 undi). Anugerah tersebut memberi pengiktirafan kepada pemain bola sepak yang bermain dalam Liga Malaysia. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram