'Sentuhan' Rizal Ghazali buat pemain, jurulatih Kedah dan seluruh penyokong


  • Podium
  • Rabu, 27 Apr 2022

Baddrol Bakhtiar (depan) dan Rizal Ghazali kini beraksi untuk pasukan Sabah FC.

WALAUPUN beberapa bulan meninggalkan pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Mohd Rizal Ghazali masih mengekalkan sikap profesional sebagai seorang pemain bola sepak.

Sabah FC dan KDA FC masing-masing bertemu satu sama lain di Stadium Likas, Sabah pada perlawanan Liga Super, Ahad lalu yang menyaksikan Sabah FC menang 4-0.

Namun, di sebalik kemenangan Sabah FC itu, penyokong tersentuh dengan aksi Rizal Ghazali di tepi padang yang sempat dirakamkan peminat.

Menerusi video berdurasi seminit 30 saat itu, Rizal Ghazali dilihat meluangkan masanya seketika untuk bertegur dengan sebahagian daripada pemain KDA FC di bangku simpanan.

Selain itu, Rizal Ghazali juga sempat bertegur dengan barisan jurulatih yang berada tepi padang.

Ramai yang menyifatkan tindakan Rizal Ghazali sebagai sesuatu yang sangat profesional.

"Contoh pemain profesional dan tiada sifat kenegerian dalam bola sepak. Terima kasih Kedah," kata Elison Paul.

Shahril Khairi Abdul Shukor pula berkata, dia sebagai orang Kedah amat berbangga dengan apa yang dilakukan Rizal Ghazali dan Baddrol Bakhtiar.

"Bangga dengan Rizal dan Baddrol untuk merantau dan bermain bersungguh-sungguh mewakili pasukan lain walaupun berdepan bekas pasukan.

"Ibarat Alex yang bersungguh main dengan Kedah walaupun berdepan dengan Pahang. Respect dan salute depa ni, harmoni dalam bola sepak malaysia kita," katanya.

Rizal dan Baddrol berpindah ke Sabah pada Disember tahun lalu untuk menyertai skuad 'emas' Datuk Ong Kim Swee dengan misi memecahkan dominasi Johor Darul Ta'zim di Liga Malaysia.

Baddrol sebelum ini Baddrol sebelum ini merakamkan rasa terima kasihnya kepada pasukan dan penyokong Kedah FC kerana memberikan kenangan selama 16 tahun bersama.

Pemain berusia 34 tahun itu mendedahkan sebab dia menyertai Sabah FC kerana mahu beraksi di bawah Kim Swee.

Begitu juga dengan Rizal yang telah menyumbang bakti untuk Kedah selama lapan tahun bermula 2014, dan memilih mengikut jejak Baddrol ke Sabah FC. Kedua-dua mereka pernah membawa skuad KDA FC menjulang kejayaan dalam Piala Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram