Lima fakta menarik menjelang pertemuan rancak antara Sabah-Kedah


  • Podium
  • Sabtu, 23 Apr 2022

Aksi kedua-dua pasukan ketika bertemu dalam saingan Piala SMJ awal tahun ini. — Facebook/Kedah Darul Aman

DUA perlawanan Liga Super bakal berlangsung pada Ahad dengan tumpuan pastinya terarah kepada aksi Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah.

Sabah pastinya mahu bangkit selepas tewas 0-2 kepada KL City FC minggu lalu, manakala Kedah mahu meneruskan momentum kemenangan selepas membenam cabaran Penang FC 2-1 dalam satu lagi aksi Liga Super.

Pertemuan antara kedua-dua pasukan ini sememangnya menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan kerana mempunyai sejarah tersendiri.

Perlawanan pada Ahad pastinya tertumpu kepada duo Sabah FC, Baddrol Bakhtiar dan Rizal Ghazali yang berpindah ke Borneo musim ini selepas lama menabur bakti bersama Kedah.

Captain Marvel: Baddrol scored two goals against Pahang

Baddrol berhijrah ke Sabah musim ini selepas 16 tahun menyarung jersi Kedah.

Selain itu, berikut adalah lima fakta menarik menjelang pertemuan antara kedua-dua pasukan pada Ahad.

Pernah tersingkir bersama-sama

Kedua-dua pasukan pernah sama-sama tersingkir ke Liga Premier pada 2013 selepas menamatkan saingan Liga Super 2012 di tangga ke-12 (Kedah) dan 13 (Sabah).

Namun, Kedah kembali semula ke Liga Super selepas empat tahun pada musim 2016, manakala Sabah terpaksa menunggu sehingga musim 2020 sebelum kembali semula ke liga utama tanah air itu.

Rekod pertemuan kedua-dua pasukan

Berdasarkan lima perlawanan terakhir antara Kedah dan Sabah, rekod ternyata berpihak kepada Kedah yang memenangi empat perlawanan, manakala Sabah gagal mencatatkan sebarang kemenangan dalam tempoh tersebut.

Lima perlawanan terakhir antara Kedah dan Sabah:

Sabah 0-1 Kedah (Liga Super 2021)

Kedah 2-0 Sabah (Liga Super 2021)

Kedah 3-1 Sabah (Liga Super 2020)

Kedah 1-1 Sabah (Suku Akhir Piala FA 2016)

Sabah 1-2 Kedah (Suku Akhir Piala FA 2016)

Screenshot 2022-04-23 at 4.40.45 PM

Kedah menang empat daripada lima perlawanan terakhir menentang Sabah. — Bernama

Penjaring terbanyak sepanjang zaman Kedah dan Sabah

Kedah: Baddrol Bakhtiar - 80 gol

Sabah: Scott Ollerenshaw - 110 gol

Kemenangan terbesar kedua-dua pasukan

Kedah 5-1 Sabah (Piala Malaysia 2008)

Sabah 3-2 Kedah (Liga Premier 2014)

Pemain yang pernah mewakili kedua-dua pasukan

Rozaimi Abdul Rahman

Yap Wai Loon

Ronny Harun

Zuriandey Jumai

Sabri Sahar

Shahril Sa’ari

Faris Azlan Mat Isa

Redzuan Nawi

Fazilidin Kadir

Nafuzi Zain

Shafiq Jamal

Abdelfatah Safi

Khairul Azman Mohamad

Rizal Ghazali

Baddrol Bakhtiar

Screenshot 2022-04-23 at 4.41.08 PM

Rozaimi Abd Rahman pernah beraksi bersama Kedah dan Sabah — Kedah Darul Aman

Selain aksi Sabah-Kedah, satu lagi aksi Liga Super malam Ahad melibatkan pertemuan antara Negeri Sembilan FC yang melayan kunjungan KL City di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram