Dua tonggak TFC cukup digeruni penyokong Selangor


  • Podium
  • Khamis, 21 Apr 2022

Faisal Halim antara pemain tonggak TFC yang digeruni penyokong Selangor FC. — Facebook

SKUAD Terengganu FC (TFC) akan bertemu pasukan The Red Giants dalam saingan Liga Super yang dijadual berlangsung pada pukul 10 malam, Sabtu ini di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.

Tidak hairanlah, majoriti penyokong Selangor FC merasakan skuad The Turtles kendalian Nafuzi Zain bukanlah satu lawan mudah berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua kelab itu sebelum ini.

Mereka berpendapat, Selangor patut memanfaatkan peluang membenamkan TFC selepas skuad Sang Penyu mungkin bermain tanpa kehadiran penyerang berbisanya, Kpah Sherman.

Pemain import kelahiran Liberia itu digantung selepas dilayangkan kad merah ketika menentang Sarawak United di Stadium Negeri, Kuching, pada Isnin.

"Peluang menang agak cerah dengan ketiadaan Kpah Sherman yang digantung. Selangor FC harus manfaatkan kelebihan ini dengan bijak," kata seorang penyokong, Chiko Chekli di Facebook Selangor FC.

tfcsgor1

tfcsgor2

Antara komen penyokong Selangor FC terhadap pertemuan dengan TFC pada Sabtu ini.

Seorang lagi penyokong, Bin Bahari Muhammad Fausol pula berpendapat, skuad Gergasi Merah perlu memantapkan pertahanannya ketika menentang TFC nanti.

"Defence (pertahanan) kena mantap, TFC kuat dekat bahagian tengah lagi-lagi (dengan kehadiran) Habib Haroon.

"Mickey (Muhammad Faisal Abdul Halim) dan seorang lagi pemain sayap TFC ni berbahaya, Selangor perlu waspada.

"TFC selalu menang sebab pertahanan Selangor (dari segi) ball watching lambat turun lagi-lagi (bahagian) counter attack. Tolonglah baiki pertahanan," tulisnya.

Ketika ini Selangor berada di tangga ke-7 Liga Super dengan lima mata meninggalkan TFC yang hanya mampu berpuas hati di kedudukan ke-10 (tiga mata). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram