'Gandingan Diakite-Shahrul Nizam padu, kemah molek'


  • Podium
  • Isnin, 18 Apr 2022

Para pemain TFC meraikan jaringan ketika menentang Sarawak United pada Ahad. — TFC

TERENGGANU FC (TFC) berjaya bangkit daripada kekalahan dua aksi liga pertama selepas mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Sarawak United pada saingan Liga Super di Stadium Negeri, Kuching Sarawak pada Ahad.

Dua jaringan daripada Kpah Sherman seawal minit kelapan dan Zuasyraf Zulkiefli pada lewat permainan berjaya memastikan anak-anak buah Nafuzi Zain membawa pulang tiga mata penuh ke Kuala Terengganu.

Namun, rentak TFC sedikit terganggu pada pertengahan separuh masa pertama apabila terpaksa bermain dengan 10 orang pemain selepas Sherman dilayangkan kad merah pada minit ke-35.

Rata-rata penyokong Sang Penyu memuji disiplin para pemain, terutama bahagian pertahanan, yang berjaya menahan asakan pihak lawan dan mengelakkan gawang daripada dibolosi.

"Shahrul Nizam MOTM (pemain terbaik perlawanan) malam tadi, bergandingan dengan Diakite kemah molek, kawalan tenang... diharapkan diteruskan momentum kemenangan bertemu Selangor nanti. Tahniah pasukan serta barisan kejurulatihan dan pengurusan TFC atas kemenangan malam tadi," kata Ridzuan Musa.

"Padu pertahanan bila ada Azam Azmi. Sharul Nizam pun perform, habis dia block. Patut consider guna back 4 ni sebagai regular bersama Diakite dan Hairiey Hakim. Main 10 orang tapi pemain muda berkualiti boleh imbang permainan," kata Faris Azahar.

278172126_1444642132633130_4367600771004140867_n

Prestasi Shahrul Nizam dipuji penyokong TFC. — TFC

"Alhamdulillah... lepas ujian getir untuk dapat tiga mata pertama... lepas ni next game dah ada keyakinan untuk lawan Sselangor.

"Ott, Faizal, Diakite dan Shahrul Nizam memang cemerlang malam ni... Pape Diakite perlu dikekalkan di TFC kerana perlu pemain tinggi lampai menyekat pemain lawan yang tinggi seperti pemain Sarawak United malam ni," kata Nazli Suhardi.

Tambahnya, terdapat ruang yang masih boleh diperbaiki iaitu pemain tengah, Habib Haroon yang masih melakukan banyak kesilapan dan hantaran yang tidak.

Selain itu, bahagian serangan juga dikatakan masih tumpul dan masih boleh beresksperimen dengan menggunakan gandingan Jordan Mintah dan Kpah Sherman atau Mintah bersama Kipre Tchetche.

Dalam pada itu, Eriey Fazree memuji semangat yang ditunjukkan pemain tengah, Zuasyraf yang rajin membantu pasukan dan berjaya memperoleh satu jaringan.

Selepas ini, Terengganu bakal bertemu Selangor FC dalam aksi Liga Super pada Jumaat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram