JENDELA perpindahan kedua untuk Liga Super Malaysia dan Liga Premier Malaysia akan dibuka semula pada 28 Mei sehingga 24 Jun 2022.
Walaupun ada masa lebih sebulan dari sekarang, ada kelab bola sepak yang sudah membuat perancangan menjelang jendela perpindahan pemain itu.
Para penyokong skuad masing-masing juga tidak ketinggalan memberi buah fikiran mereka terhadap perpindahan itu dengan menyenaraikan beberapa pemain yang dirasakan tidak berbaloi kepada pasukan.
Seorang penyokong Terengganu FC (TFC), Tg Rosnan Tg Mansor berpendapat ada lima pemain The Turtles yang perlu ditukarkan pada jendela perpindahan kedua itu.
Dia menyenaraikan lima nama pemain import di laman Facebook Terengganu FC yang dirasakannya perlu ditukar kerana dianggap satu pembelian tidak berbaloi oleh pihak pengurusan.
"Jendela perpindahan...pengurusan mesti tukarkan pembelian tidak berbaloi ini.
"Habib Haroon, Luke Woodland, Pape Diakite, Kipre Tchetche, Petrus Shitembi (masih boleh dipertimbangkan sehingga akhir musim)," katanya.
Tangkap layar status Tg Rosnan Tg Mansor berhubung perpindahan pemain TFC. — Facebook
Habib pemain berasal dari Bahrain, Luke (Emiriah Arab Bersatu), Pape (Senegal), Kipre (Ivory Coast) dan Petrus (Namibia).
Sementara itu, seorang lagi penyokong TFC menggunakan nama Pemburu Bayang dilihat bersetuju dengan dua daripada lima nama berkenaan.
"Pape Diakite berat punggung nampak...tak dok (tiada) speed (kelajuan). Kipre pun dok (tak) macam dulu dah main...slow (perlahan).
"(Jordan) Mintah tu biar ganding dengan Kpah Sherman pula. Gelap gambar juga tahun ni, nampak kalau tiada perubahan," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram