PENYERANG Manchester United, Cristiano Ronaldo dan pasangannya Georgina Rodriguez mengesahkan bahawa mereka telah kehilangan bayi lelaki yang baru dilahirkan.
Ronaldo sebelum ini dijangka menerima pasangan anak kembar seperti yang dimaklumkan pada Oktober lalu.
Menerusi media sosial, Ronaldo berkata yang bayi lelakinya telah meninggal dunia manakala bayi perempuanya selamat dilahirkan.
"Dengan rasa dukacita kami terpaksa mengumumkan bahawa bayi lelaki kami meninggal dunia.
"Ia adalah kesakitan paling sakit yang boleh dirasai oleh mana-mana ibu bapa," kata Ronaldo dan Georgina dalam satu kenyataan.
Menurut Ronaldo, kelahiran bayi perempua mereka telah memberinya kekuatan untuk menghadapi situasi ini dengan sedikit harapan dan kegembiraan.
"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada doktor dan jururawat atas penjagaan dan sokongan mereka.
"Kami sangat sedih atas kehilangan ini dan kami memohon privasi pada masa yang sangat sukar ini."
Untuk rekod, pasangan itu mula berkenalan ketika Ronaldo di Real Madrid. Georgina ketika itu mempunyai anak perempuan berusia empat tahun, manakala Ronaldo mempunyai tiga anak lain. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram