Ustaz didakwa guna tiga taktik cabul 12 pelajar bawah umur


  • Benua
  • Rabu, 20 Apr 2022

Guru agama tersebut akan didakwa di bawah undang-undang perlindungan kanak-kanak. — Agensi

SEORANG guru agama di Pangalengan, Bandung, Indonesia didakwa mencabul pelajarnya menggunakan tiga modus operandi sejak 2017.

Menurut pihak berkuasa, setakat ini, jumlah pelajar yang dikenal pasti adalah seramai 12 orang.

“Rata-rata mangsa adalah berumur 10 hingga 11 tahun. Modus operandinya yang pertama adalah dengan mengajak mereka bermalam.

“Modus opreandi pertama, suspek akan mengajar untuk tempoh lama sehingga lewat malam, dan mengajak anak muridnya untuk bermalam sebelum melakukan perbuatan tidak bermoral itu,” katanya.

Selain itu, katanya, mangsa juga dicabul apabila diajak mandi.

Jelasnya, ketika mangsa dihantar pulang, guru itu akan singgah di tempat mandi, dan melakukan perbuatan itu.

Manakala modus operandi ketiganya pula adalah dengan mengikut mangsanya ke dalam tandas dan mencabul mereka.

Tambah pihak berkuasa, suspek akan didakwa di bawah undang-undang perlindungan kanak-kanak yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun serta denda 300 juta Rupiah (RM88,520). — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram