INSTITUSI-INSTITUSI kewangan telah mengunjurkan pertumbuhan ekonomi Malaysia dalam tempoh 2022-2023. Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan, Tabung Kewangan Antarabangsa, Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan telah mengumumkan bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara akan berkembang antara 5.5 dan 6.5 peratus.
Walaupun petunjuk ekonomi utama melihat kepada pemulihan kepada paras yang stabil, kita tidak mengambil kira ukuran dan tahap kerugian yang berlaku disebabkan oleh jenayah kewangan, yang menjadi lebih teruk semasa wabak Covid-19 sejak dua tahun lalu.