4 pemain yang wajib dipanggil Pan-gon ketika bertemu Hong Kong dan Myanmar


  • Podium
  • Selasa, 19 Apr 2022

Kesemua pemain ini dilihat berada pada prestasi terbaik mereka musim ini.

SELEPAS mengharungi tiga aksi persahabatan antarabangsa di Singapura Mac lalu, skuad Harimau Malaya sekali lagi bakal berkumpul bagi menghadapi pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2023 Jun depan.

Skuad negara diundi dalam kumpulan E bersama Bahrain, Turkmenistan dan Bangladesh dengan Malaysia dipilih sebagai tuan rumah.

Sebelum beraksi dalam pusingan kelayakan itu, skuad negara akan terlbih dahulu diuji menentang Myanmar dan Hong Kong dalam aksi persahabatan di Kuala Lumpur pada 27 Mei dan 1 Jun depan.

Ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon masih mempunyai kira-kira sebulan untuk menilai para pemain yang sesuai dengan corak permainan yang diterapkannya.

Selepas lima perlawanan Liga Super berlangsung, terdapat beberapa pemain yang dilihat menyinar dan mampu memberi impak besar dalam skuad Pan-gon.

Walaupun ada antara mereka yang dipanggil dalam senarai 30 pemain awal dan terpaksa disisihkan akibat Covid-19, peminat pastinya mahu melihat nama mereka sekali lagi dipanggil bagi menguatkan Harimau Malaya.

Rodney Celvin Akwensivie going through the yo yo test. - Photo by Kedah FC

Foto KDA FC

Rodney Celvin (Kedah Darul Aman FC)

Mempunyai saiz tubuh badan yang tegap dan ketajaman dalam membaca gerak geri pasukan lawan semestinya memberikan impak yang terbaik buat pasukan kebangsaan sekiranya beliau terpilih.

Pemain yang berusia 26 tahun ini jelas mampu mengalas tugas untuk mengemudi pasukan kebangsaan di bahagian pertahanan tengah. Ini kerana, beberapa aksi beliau ketika mewakili pasukan Kedah jelas tampak sukar untuk ditewaskan oleh penyerang di Liga Super.

Rodney juga memiliki ciri kepimpinan yang tinggi dan merupakan kapten bagi Kedah.

Walaupun Kedah Darul Aman FC melepaskan tujuh gol dalam lima aksi liga setakat ini, pemain berdarah kacukan Malaysia dan Ghana itu sering beraksi cemerlang apabila diturunkan.

Ketika FAM mengumumkan senarai pemain yang dipanggil ke kem latihan skuad kebangsaan untuk perlawanan persahabatan di Singapura tempoh hari, rata-rata peminat pelik apabila tidak melihat nama Rodney.

Key player: Petaling Jaya City will be counting on Darren Lok to deliver the goods in their clash against Melaka. — Petaling Jaya City

Foto PJ City FC

Darren Lok (PJ City FC)

Darren Lok setakat ini sudah mencetak empat gol bersama PJ City FC dan merupakan pemain tempatan dengan jumlah gol tertinggi.

Dia boleh dianggap 'poacher' terhebat negara ketika ini, dengan keupayaannya menghidu peluang di depan gol tiada tandingan oleh mana-mana pemain tempatan.

Jika dilihat, banyak gol yang dijaringkannya selama ini juga adalah hasil larian ke kawasan kotak D.

Darren sering berada di tempat yang betul dan pada masa yang tepat untuk menyudahkan hantaran berbahaya rakan-rakannya.

Dengan pemain seperti Corbin Ong dan Dion Cools di bahagian kiri dan kanan pasukan yang mampu melakukan hantaran tepat dan bahaya, barisan hadapan Harimau Malaya pasti akan lebih digeruni selepas ini.

Terengganu goalkeeper Rahadiazli Rahalim.

Foto MFL

Rahadiazli Rahalim (Terengganu FC)

Walaupun baru berusia 21 tahun, Rahadiazli menunjukkan kematangan yang amat tinggi dalam permainannya.

Dia mempunyai refleks yang baik dan begitu tenang dalam situasi satu lawan satu dan ketika diasak oleh pemain lawan.

Paling ketara ketika perlawanan antara TFC menentang JDT. Walaupun pasukannya tewas 2-1, Rahadiazli boleh dianggap sebagai wira yang menyelamatkan Sang Penyu daripada dimalukan dengan jaringan lebih besar.

Rahadiazli sebelum ini dipanggil dalam senarai awal 30 pemain, tetapi diketepikan akibat Covid-19.

Kini, Pan-gon wajib memanggilnya semula dan berdasarkan persembahannya musim ini, tidak salah untuk Pan-gon melakukan ‘perjudian’ dengan meletakkannya sebagai penjaga gol utama negara.

National right back Matthew Davies during their training session against the United Arab Emirates (UAE) in the second leg of the Group G WorldCup 2022 and the 2023 Asia Cup qualifying campaign at Kuala Lumpur Stadium, Kuala Lumpur. - MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star.

Matthew Davies (Johor Darul Takzim)

Walaupun dikenali sebagai pertahanan kanan, musim ini, Davies kerap diturunkan oleh pengedali JDT, Benjamin Mora sebagai pertahanan tengah dalam sistem taktikal tiga pertahanan.

Ketenangannya dengan bola di kaki dan hantaran-hantaran tepat yang mampu memecahkan blok pertahanan lawan adalah satu aset yang boleh digunakan oleh Pan-gon.

Walaupun bermain sebagai bek tengah, Davies kadang-kadang rajin naik untuk membantu serangan pasukan dengan melakukan 'overlap'.

Dia juga nampak begitu selesa ditugaskan sebagai pertahanan tengah walaupun ia merupakan posisi baharu baginya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram