PEMAIN import Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Dennis Buschening sebelum ini terpaksa diketepikan untuk tempoh masa yang panjang akibat masalah kecederaan.
Pemain berkenaan mengalami kecederaan Achilles ketika beraksi dalam satu perlawanan persahabatan baru-baru ini.
Susulan itu, Dennis terpaksa melupakan baki perlawanan musim ini selama enam bulan bagi proses pemulihan.
Pemain berdarah kacukan Jerman-Thailand itu hanya sempat beraksi pada perlawanan pertama Liga Super menentang KL City FC bulan lalu.
Dennis sempat berkongsi keadaan terbaharunya menerusi Instagram pada Selasa.
Buschening berkongsi keadaan terkininya. — Instagram
"Bersama Tuhan, segalanya mungkin," itu antara sticker yang digunakan Dennis dalam InstaStory selain sticker "akan kembali lebih kuat."
Menjengah ruangan komen peminat KDA FC di media sosial, rata-ratanya mahu pihak pengurusan kelab itu mencari pemain lain sebagai ganti.
"Bolehlah cuba tengok-tengok pemain lain dari Thailand, Vietnam, Singapura. Indonesia pun ada yang padu-padu," kata pengguna Facebook, Ridzuan Jamaludin.
Seorang lagi pengguna Facebook, Mohd Nazrul, KDA FC seolah-olah 'ditipu' oleh Dennis ekoran kecederaan itu.
"Kena 'scam', selepas ini Marc Vales pula lah. Siapa punca scout ini. Mesti ada 'kira-kira' tepi," ujarnya.
Bagi pengguna Facebook, Zuraimi Zack, posisi Buschening sepatutnya diganti dengan pemain muda atau tempatan.
"Letak player muda/tempatan saja. Pemain import empat orang pun tak apa dah," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram