Dennis cedera, pesanan mesra buat penyokong Kedah


  • Podium
  • Khamis, 07 Apr 2022

HANTARAN KDA FC mengenai keadaan Dennis yang terkini.

PERLAWANAN Kedah Darul Aman (KDA FC) pada perlawanan Rabu malam menjadi tumpuan apabila pasukan itu memegang jersi Dennis Buschening sebelum perlawanan menentang Sri Pahang FC bermula.

Aksi itu adalah berikutan, penyerang Hijau Kuning, Dennis terpaksa berehat panjang selepas disahkan mengalami kecederaan Achilles.

Menurut Ketua Jurulatih, Aidil Sharin Sahak, kecederaan ketika beraksi dalam perlawanan persahabatan baru-baru ini menyebabkan beliau terpaksa melupakan baki perlawanan musim ini selama 6 bulan bagi proses pemulihan.

Ramai Penyokong KDA FC yang memberikan sokongan kepada pemain itu seperti pengguna Facebook, Khairun Nuha yang merasakan setiap pemain akan menghadapi kesukaran jika bermain dengan lebih cergas.

ss

Tangkap layar komen dari pengguna Facebook, Khairun Nuha,

"Tiada siapa yang mau kecederaan, kerana kecederaan akan menyebabkan kesukaran untuk mereka bermain dengan lebih cergas dan aktif di dalam perlawanan.

"Apa pun kita sebagai peminat, doa je yang terbaik, jangan toksikkan keadaan, siapa yang tak mau kemenangan, tapi kita kena fikir juga pemain-pemain kita," katanya.

Menurutnya, bagi mempamerkan bakat anak tempatan supaya lebih menyerlah, pemain itu sendiri yang perlu berlatih dengan gigih dan bijak mengambil hati jurulatih untuk mendapatkan kesebelasan utama.

Khairun mengutarakan pendapatnya ekoran terdapat segelintir peminat yang mencadangkan supaya pasukan KDA FC membeli pemain lain untuk menggantikan Dennis.

"KDA FC memang tidak patut ambil Dennis masa awal-awal lagi hari itu . Memang tidak tahu ke mana. Lebih baik ambil Stipe Plazibat itu saja. Ataupun Stefano Lilipaly," komen Adam Harris.

"Kena cari penyerang untuk tolong Pak Ngah (Rodney Celvin ) Tak boleh nak harapkan Pak Ngah sorang, kalau dia cedera, Syafik Ahmad satu-satu penyerang yang kita ada," kata, Mohd Azzamuddin.

"Bolehlah cuba ambil pemain lain dari Thailand atau Vietnam atau Singapura atau Indonesia pun ada yang padu-padu," komen, Ridzuan Jamaludin. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram