‘Kami tak larat tunggu dah, tak mau Pak Ngah yang mengah’


  • Podium
  • Selasa, 12 Apr 2022

Ronald Ngah dikritik hebat kerana gagal menemui sentuhan penyudah dalam aksi saingan Liga Super ketika menentang Selangor baru-baru ini. — Facebook

BERIKUTAN kekalahan Kedah Darul Aman (KDA) FC kepada Selangor FC (SFC) dalam perlawanan saingan Liga Super pada 11 April lalu, rata-rata penyokong menyatakan rasa tidak puas hati terhadap prestasi Ronald Ngah Wanja yang sepatutnya menjadi peledak skuad Sang Kenari itu.

Penyerang import dari Cameroon itu gagal mencetak sebarang gol dalam pertemuan itu yang menyaksikan SFC menang bergaya menerusi keputusan 4-1.

Kekecewaan itu antara lain diluahkan di Facebook penyokong KDA FC Fans.

Salah seorang penyokong, Saqif Best berkata, rata-rata penyokong Kedah sudah tidak larat lagi untuk menunggu jaringan gol daripada Ronald Ngah yang juga mesra dengan panggilan Pak Ngah itu.

"Sudahlah Ngah Wanja oi, kami penyokong Kedah tak larat lagi dah menunggu bila hang (anda) nak perform dengan baik, kami mengharapkan hang pulang ke Cameroon dengan secepat mungkin," tulisnya pada Isnin.

Saqif turut memasukkan tanda pagar scammer di hantaran status itu yang dipercayai ditujukan kepada Ronald Ngah ekoran persembahan yang diberikan setakat ini tidak serupa seperti yang digembar-gemburkan.

netz wanja

netz wanja 3

netz wanja 4

netz wanja 2

netz wanja 1

Antara komen yang ditinggalkan penyokong Kedah terhadap prestasi Ronald Ngah. — Facebook

Status Saqif itu dibalas dengan komen-komen yang turut bersetuju dengan prestasi 'mengah' Ronald Ngah.

Seorang penyokong, Rizuan Hasbi merasakan perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana Ronald Ngah ialah pemain profesional dan bukan amatur selain memperoleh bayaran lumayan.

"Peminat kata bagi masa sampai Pak Ngah dapat rentak...ngok betul jadi peminat pun. Ni liga dah mula bukan friendly lagi. Kalah kena tinggal. Dia pro bukan amatur, gaji pun besar tapi sayang tukul," tulisnya.

"Orang kalau hebat ni, main la dengan kelab mana pun, dia tetap hebat, ibarat ular menyusur akar, tak kan hilang bisanya.

"Kehebatan masa lalu bukan ukuran nilai hari ini, jadikan itu kenangan dalam lipatan sejarah, malah diambil untuk bertarung, memang bungkus mak Enon la," kata Abdul Rahim pula.

278267341_5067831386635930_129930896220886051_n

Ronald Ngah digelar scammer oleh sebahagian penyokong Kedah kerana persembahan yang diberikan setakat ini tidak serupa seperti yang digembar-gemburkan. — Facebook

Sementara itu, Hasrul Hisham pula merasakan Ronald Ngah tidak menunjukkan kredibiliti sebagai pemain penyerang.

"Langsung tak mempunyai kredibiliti sebagai pemain striker. Langsung tak reti nak tempatkan diri di ruang kosong...macam mana dapat gelaran striker terbaik," katanya.

Mohamad Lutfi Azimi pula berpendapat, sepatutnya Kedah mengekalkan import terdahulu, Kpah Sherman dan Kipre Tchetche yang kini bermain bersama Terengganu FC berdasarkan keserasian yang ditonjolkan dalam pasukan Lang Merah itu.

"Dulu bukan main puji padu la, terbaik la, digeruni la, lari macam lipas kudung la. Benda macam ni dah agak dah....Baik kekal ja dulu Kpah dengan Kipre sebab (mereka) dah serasi," katanya.

Pada masa sama, ada juga yang mempertikaikan tag harga RM1.9 juta yang dilabur KDA FC bagi mendapatkan khidmat Ronald Ngah musim ini.

Dalam pada itu, Majoriti turut menunggu respons daripada Ronald Ngah berhubung kritikan penyokong terhadap prestasi hambarnya setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram