Saya ambil tanggungjawab — Aidil Sharin


  • Podium
  • Selasa, 12 Apr 2022

AIDIL mengulas tentang kekalahan Kedah kepada Selangor FC.

KEDAH Darul Aman (FC) mencatat kekalahan pertama pada Ahad lalu dalam saingan Liga Super apabila dibelasah Selangor FC dalam perlawanan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor.

Kekalahan itu sekali gus menyaksikan Kedah jatuh ke tangga ketiga, berkongsi sembilan sembilan mata dengan Sabah FC tetapi dipisahkan beza jaringan gol.

Mengulas lanjut kekalahan itu, pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak mahu pasukan segera melupakan kekalahan pada Ahad itu sambil menyifatkan Selangor beraksi dengan lebih baik ketika perlawanan itu untuk meraih tiga mata.

“Kita tidak melakukan tugas yang baik di bahagian pertahanan dan akhirnya menghukum kita tetapi pasukan dapat melakukan dengan lebih baik di separuh masa kedua.

“Pemain berjaya mendominasi dan cuba untuk memburu gol, tetapi mereka (Selangor) terus menghukum kita dengan gol ketiga dan keempat, jadi ini yang kita perlu belajar dan lupakan apa yang berlaku di sini.

“Kita kena akui bahawa Selangor beraksi dengan lebih baik, jadi saya ambil tanggungjawab atas kekalahan ini dan ia bukan persembahan terbaik daripada kami di bahagian pertahanan”, katanya.

Keputusan pada Ahad menyaksikan Selangor akhirnya berjaya meraih kemenangan pertama sekali gus lebur rekod tanpa kalah Kedah sejak tiga perlawanan lepas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram