Sejarah lampau 8 tahun lepas petanda Gergasi Merah bakal juara?


  • Podium
  • Selasa, 12 Apr 2022

Insiden Mat Rambo membasuh pemain Selangor FC berlaku pada 2014. — Twitter

INSIDEN pasukan Selangor FC dicaci dan dikritik secara terbuka bukanlah sesuatu yang baharu apabila kejadian sama pernah berlaku dan menjadi kontroversi sekitar 2014.

Mengimbas kembali detik itu, seorang penyokong yang dikenali dengan Mat Rambo bersemuka dengan pemain Selangor di padang pusat latihan bagi menyuarakan rasa tidak berpuas hatinya dengan prestasi Gergasi Merah ketika itu.

Episod cacian dan kritikan secara terbuka kembali berulang selepas tamat perlawanan antara Selangor FC menentang Kedah Darul Aman FC baru-baru ini, dengan menyaksikan kapten pasukan dimaki teruk.

Susulan insiden itu, peminat bola sepak memuat naik kembali video lama kejadian 'Mat Rambo' yang berlaku pada 2014.

Video itu dikongsi pemilik akaun Twitter, @nocontextbolamy turut mendapat pelbagai rekasi daripada peminat Selangor FC.

Rata-rata mereka tidak bersetuju dengan tindakan Mat Rambo yang dikatakan mempunyai mentaliti penyokong bawahan.

Pemilik akaun, @azuansyakirin99 menulis di ruangan komen bahawa, meskipun kejadian tersebut sudah lama ia tidak sepatutnya berlaku.

"Walaupun dah lama, rasanya pihak kelab boleh elakkan benda sebegini daripada terjadi.

"Tidak pernah lagi nampak peminat kelab teratas Eropah basuh pemain depan-depan begini, kalau liga kampung bolehlah, ubahlah," kongsinya.

kritik sfc 1

Sementara itu, seorang lagi peminat, @HabibKun4 pula berkongsi bahawa tugas penyokong sepatutnya menjadi tulang belakang dan bukan memaki pemain.

"Kamu bukan pemilik mahu lebih-lebih, setakat bayar tiket dan jadi tukang sorak tetapi maki pemain itu bukan kerja kamu.

"Peminat ini sepatutnya duduk belakang dan kalau tidak puas hati salurkan pada pengurusan, tugas tegur pemain biar jurulatih yang buat, mentaliti penyokong bawahan," tulisnya.

kritik sfc 2

Dalam pada itu, @akmalaffendi pula berpendapat Selangor FC sepatutnya memberikan hadiah kekalahan buat sebahagian penyokong yang tidak sewajarnya memaki pemain.

"Baik kalah sahaja abang-abang pemainSelangor sekalian. Menang pun kena maki, kalah lagi teruk kena maki.

"Orang-orang macam ni layak kau bagi kalah sahaja. Tidak kisahlah dengan paling taksub menyokong, sembang macam ada sumbang juta juta dekat kelab sahaja," katanya.

kritik sfc 3

Meskipun ramai tidak setuju dengan cara 'Mat Rambo', realitinya cara 'basuhan' penyokong tegar itu ternyata berkesan apabila Selangor FC kembali bangkit hingga berjaya merangkul gelaran juara Piala Malaysia pada 2015, sekali gus mencapai misi memenangi piala itu buat kali ke-33. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram