Pogba tawar ganjaran bantu cekup pencuri


  • Podium
  • Khamis, 17 Mac 2022

RUMAH Pogba dimasuki pencuri sewaktu perlawanan Man United menentang Atletico Madrid pada Rabu. — Reuters

BINTANG Manchester United, Paul Pogba berdepan detik cemas apabila rumahnya dimasuki pencuri ketika dia beraksi pada saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada Rabu.

Berita malang itu didedahkan sendiri oleh Pogba menerusi ciapan di Twitter rasminya pada Khamis.

"Malam semalam (Rabu), kami berdepan mimpi buruk apabila rumah kami dipecah masuk ketika anak-anak sedang tidur dalam bilik.

"Pencuri memasuki rumah kurang daripada lima minit tetapi mereka mengambil sesuatu yang lebih bernilai daripada apa yang kami miliki di rumah iaitu keselamatan dan sekuriti kami.

"Kejadian itu berlaku ketika minit-minit terakhir perlawanan pada Rabu apabila mereka tahu kami (Pogba dan isteri) tiada rumah.

"Saya dan isteri bergegas pulang ke rumah tanpa mengetahui adakah anak-anak kami selamat atau tidak.

"Sebagai seorang bapa, tiada perasaan lebih buruk di dunia melainkan melindungi anak-anak dan saya berharap tiada siapa alami apa saya rasa seperti malam semalam," katanya.

Susulan kejadian itu, Pogba menawarkan ganjaran kepada mereka yang mempunyai maklumat berhubung insiden berkenaan.

Pogba masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-67 menggantikan Bruno Fernandes ketika Man United tewas 1-2 secara agregat kepada Atletico Madrid di Old Trafford.

Jaringan tunggal bek kiri Brazil, Renan Lodi pada minit ke-41 cukup untuk memanjangkan lagi kemarau trofi Man United selama lima tahun. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram