Senarai VIP yang boleh selamatkan The Bos Gaurus


  • Podium
  • Ahad, 13 Mac 2022

ADA pemain skuad Perak FC dihimpit masalah kewangan termasuk menangguhkan bayaran pinjaman kepada pihak bank. — Facebook/Perak FC

ISU tunggakan gaji yang membelenggu Perak FC sejak tahun lalu menyebabkan ada pemain skuad itu dihimpit masalah kewangan termasuk menangguhkan bayaran pinjaman kepada pihak bank.

Kegagalan pemilik kelab, Impact Media and Communication (IMC) Sdn Bhd dilaporkan menunaikan janji membayar gaji mereka pada tarikh sepatutnya menyebabkan penyokong The Bos Gaurus tumpang bersimpati dengan nasib yang melanda pasukan kesayangan mereka.

Ada yang mencadangkan supaya kelab itu dimiliki oleh penyokong, selain ada juga yang berharap supaya ada jutawan yang berasal dari Perak memberi sokongan kewangan.

Antara nama-nama yang bermain di bibir peminat skuad Seladang untuk menyelamatkan pasukan kesayangan mereka termasuklah beberapa ahli perniagaan terkenal dan ahli politik yang disegani.

Antara faktor yang mendorong peminat mengharapkan VIP terbabit tampil sebagai hero menyelesaikan krisis genting itu termasuklah ada dalam kalangan mereka yang berasal dari Perak, selain sinonim dengan kejayaan dalam bidang masing-masing.

Berikut adalah nama-nama mereka:

Sunway Group founder and chairman Tan Sri Dr Jeffrey Cheah wants the government to push the sustainability agenda for a better future.

1) Tan Sri Jeffrey Cheah

Beliau merupakan Pengasas dan Pengerusi Sunway Group. Beliau yang dilahirkan di Pusing, Perak memiliki kekayaan yang dianggarkan bernilai RM5.8 bilion. Beliau juga tersenarai dalam Wira Dermawan Asia oleh Forbes Asia untuk kali keempat bagi 2021.

Senarai itu menghargai individu yang terbukti telah menunjukkan komitmen peribadi dalam memperjuangkan pelbagai usaha sosial. Jeffrey merupakan dermawan kedua di Asia yang tersenarai sebanyak empat kali selepas 2019, 2015 dan 2009.

2) Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Beliau yang berasal Kuala Kangsar merupakan Ahli Parlimen Padang Rengas sejak Mac 2004. Ketika menyandang jawatan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan pada 2013, beliau pernah dipersoal di Dewan Rakyat kerana membenarkan tajaan berupa jersi bernilai lebih RM15 juta kepada Kelab Bola Sepak Cardiff City.

Nazri dilaporkan berkata, perbelanjaan tersebut tiada kena mengena dengan usaha mempromosikan pasukan milik Tan Sri Vincent Tan dan ia untuk iklan yang membawa pendapatan pelancongan berjumlah RM65 bilion ketika itu.

Michelle Yeoh returns to performing stunts in 'Shang-Chi And The Legend Of The Ten Rings'. Photo: AP

3) Tan Sri Michelle Yeoh

Personaliti seni ini bukan nama asing bagi peminat dunia seni tempatan dan antarabangsa. Beliau yang juga anak kelahiran Ipoh telah mempertaruhkan bakat dalam bidang lakonan hingga menempa kemasyhuran di Hollywood.

Ramai peminat berharap Duta Muhibah Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) itu dapat berbakti kepada pasukan bola sepak Perak.

Perak Mentri Besar's adviser Datuk Zainol Fadzi Paharuddin

4) Datuk Zainol Fadzi Paharudin

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) yang pernah tampil menyuarakan kemelut tunggakan gaji yang melanda Perak FC kerana menyifatkan masalah itu dipercayai berlaku akibat kegagalan dalam aspek pengurusan sumber manusia.

Beliau pernah menerajui PAFA selama lima tahun bagi musim 2010 hingga 2015, yang mana menurutnya, isu-isu dalaman seperti tunggakan gaji agak jarang tersebar berbanding hari ini selain diuruskan dengan baik meskipun perlu berdepan masalah sama.

MustaphakamalMK_20181124010033_edgeprop

5) Tan Sri Mustapa Kamal

Seperti Tan Sri Jeffrey Cheah, Tan Sri Mustapa Kamal juga merupakan jutawan dalam bidang pelaburan hartanah. Beliau juga anak jati Perak yang dilahirkan di Kampung Changkat, Pusing.

Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Emkay itu pernah menyatakan bahawa dia sememangnya meminati sukan bola sepak. Ini dapat dilihat menerusi penganjuran Kejohanan Piala Tan Sri Mustapha Kamal (Piala MK). Selain itu ialah melalui penubuhan kelab MK Land FC yang pernah bermain dalam Liga FAM Malaysia 2003.

Begitupun, mereka menarik diri daripada menyertai Liga Perdana Malaysia 2005-2006 kerana masalah kewangan. Akibatnya, mereka dilarang menyertai semua kejohanan bola sepak yang dianjurkan oleh FAM selama lima tahun.

YTL-image1

6) Tan Sri Dr Francis Yeoh

Pengerusi Kumpulan YTL yang dilahirkan pada 1929 di Klang, Selangor. Beliau memiliki kekayaan yang dianggarkan bernilai AS$1.25 bilion (RM5.24 bilion).

Vida muncul sebagai Presiden Netizen dalam Big Stage 2022.

7) Datuk Vida

Sebelum ini, Datuk Vida atau nama penuhnya, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman pernah menyatakan kesediaan untuk menjadi pemilik baru Perak FC seandainya beberapa syarat yang ditetapkannya dipersetujui pasukan berkenaan.

Usahawan kosmetik terkenal itu berasal dari Kelantan namun sudah lama menetap di Perak. Begitupun, Vida menangguhkan hasrat untuk mengambil alih skuad Seladang berikutan sekatan pergerakan penuh (total lockdown) yang dilaksanakan tahun lalu.

Ada sebahagian besar peminat Perak FC masih menaruh harapan agar Vida meneruskan hajatnya, namun perkara itu masih samar-samar.

Ini berikutan Vida pernah menyatakan bahawa pengalaman menaja The Red Warriors (TRW) pada musim 2015 dan 2016 menyebabkan beliau lebih berhati-hati sebelum melibatkan diri dalam industri bola sepak tempatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

gaji, Perak FC, Bos Gaurus, jutawan, taja, Datuk Vida,