Perak FC gagal lunas janji bayar tunggakan gaji ikut kontrak?


  • Podium
  • Selasa, 08 Mac 2022

PERAK FC berdepan isu tunggakan gaji pemain berjumlah RM1.7 juta sebelum ini. — Gambar hiasan

TEPAT jam 12 malam Selasa, Perak FC difahamkan gagal melunaskan tunggakan gaji seperti yang dijanjikan iaitu membabitkan tunggakan dua bulan pemain baru dan empat bulan pemain lama.

Perkara itu dimaklumkan oleh pemerhati sukan, Zulhelmi Zainal Azam menerusi satu ciapan di Twitter pada tengah malam Selasa.

Dia turut berkongsi kenyataan rasmi Perak Football Club yang bertarikh 3 Mac 2022 berhubung jaminan pembayaran gaji pada minggu pertama bulan Mac.

WhatsApp Image 2022-03-08 at 06.16.25

TANGKAP layar ciapan Zulhelmi berhubung kelewatan pembayaran gaji. — Twitter

Menerusi kenyataan media itu, dinyatakan bahawa Perak FC memberi jaminan akan membuat pembayaran gaji tertunggak kepada pemain skuad itu selewat-lewatnya Isnin depan (7 Mac).

"Perak FC telah meminta para pemain mereka untuk menunggu sehingga 7 Mac selepas laporan mengenai gaji tidak berbayar diperkatakan di media sosial.

"Para pemain dilaporkan belum menerima gaji mereka untuk dua bulan terakhir ini.

"Walaupun kelab telah menjamin pembayaran gaji kepada bekas para pemain import sebelum akhir bulan April, iaitu sebulan sebelum jendela perpindahan yang kedua, jaminan sedemikian tidak diberikan kepada pemain tempatan sedia ada.

"Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Muhammad Yunus Zakariah menyatakan bahawa pihak pengurusan akan membuat pembayaran selewat-lewatnya pada 7 Mac seperti yang dinyatakan dalam kontrak masing-masing," demikian kenyataan tersebut.

Majoriti kini cuba mendapatkan maklum balas daripada Perak FC berhubung perkara itu.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram