Clarence Seedorf umum peluk Islam, tidak tukar nama


  • Podium
  • Sabtu, 05 Mac 2022

TANGKAP layar hantaran Instagram Seedorf pada Jumaat.

LEGENDA bola sepak belanda, Clarence Seedorf mengumumkan beliau kini merupakan seorang muslim selepas memeluk agama Islam.

Bekas pemain tengah yang berusia 45 tahun itu mengumumkan perkara tersebut di laman Instagramnya pada Jumaat.

"Satu penghargaan istimewa kepada semua kata-kata baik yang meraikan saya menyertai keluarga Muslim.

"Saya amat gembira dan berbesar hati dapat menyertai saudara Islam di seluruh dunia terutamanya Sophia yang banyak mengajar saya erti Islam.

“Saya tidak akan mengubah nama saya dan akan terus menggunakan nama yang diberikan ibu bapa saya ketika saya dilahirkan, Clarence Seedorf!”

“Saya sampaikan rasa sayang saya kepada semua orang di seluruh dunia,” katanya.

Sepanjang karier profesionalnya, Seedorf pernah beraksi bersama kelab-kelab ternama seperti Ajax, Real Madrid, Inter Milan dan AC Milan.

Pemain tengah itu pernah memenangi Liga Juara-Juara Eropah sebanyak empat kali bersama Ajax, Real Madrid dan AC Milan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram