Balas balik apa penyokong Sarawak dah buat — 'Mai Estadio Loqstaq nanti'


  • Podium
  • Sabtu, 05 Mac 2022

DANIEL ketika menyaksikan aksi Liga Super antara pasukan kesayangannya, Kedah FC berdepan Sarawak United di Stadium Negeri, Kuching malam tadi. — Facebook/Daniel Kincaid

SELEPAS mendapat sambutan 'luar biasa' penyokong lawan, seorang peminat fanatik Kedah ingin membalas semula budi baik penyokong Sarawak United jika ingin ke Stadium Darul Aman, Alor Setar suatu hari nanti.

Terdahulu, peminat Kedah terbabit, Daniel Kincaid tular di laman sosial apabila soalannya berhubung zon tempat duduk yang disediakan untuk penyokong Kedah di Stadium Negeri, Kuching disambut mesra oleh penyokong The Crocs.

Rata-rata peminat bola sepak Bujang Senang mempelawa Daniel duduk bersama-sama bagi menyaksikan pertemuan antara kedua-dua pasukan dalam aksi Liga Super pada Jumaat yang berkesudahan Kedah FC menang tipis 1-0.

Terharu dengan layanan baik penyokong Sarawak, Daniel berazam untuk melakukan perkara yang sama menjelang aksi pusingan kedua Liga Super kedua-dua pasukan di Stadium Darul Aman kelak.

"Terima kasih orang Sarawak, makanan kat sini semua sedap-sedap. Orang-orang Sarawak semua pun friendly memang sempoi.

"Ada rezeki kita jumpa lagi, kalau ada fans Sarawak nak mai Estadio Loqstaq (Stadium Darul Aman) nanti roger-roger kita bawak pi jalan-jalan loqstaq (Alor Setar) pulak nah," tulisnya di Facebook.

Pada masa sama, Daniel juga berharap akan mendapat layanan yang sama apabila bercadang untuk ke Stadium Likas, Kota Kinabalu ketika pasukan kesayangannya bertemu Sabah FC pada 24 April depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram