Tak mahu jersi sehodoh Kedah, Sabah, penyokong Perak ditegur penuh ‘berhemah’


DALAM menentukan jersi pasukan, penaja juga memainkan peranan. — Awani

"HORMAT pasukan lain bang," itu teguran 'berhemah' yang diberikan oleh seorang pemilik akaun media sosial, Facebook Mohd Shafiq peminat pasukan Perak FC.

Mohd Shafiq menegur sedemikian dalam satu ciapan oleh seorang penyokong di group Perak Fc Fans yang seolah 'menghina' jersi home pasukan Sabah FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Terdahulu, Yop menulis dalam status bahawa dia berharap agar jersi Perak tidak 'hodoh' seperti kedua-dua pasukan berkenaan.

"Harap jersi home Perak tidak sehodoh Sabah dan Kedah," tulisnya sebelum memadam status berkenaan selepas dikecam.

Perak FC

Hantaran berbaur sindiran itu mendapat pelbagai reaksi warganet, namun Mohd Shafiq tampil memberi teguran meminta peminat Perak FC itu menghormati pasukan lain.

Katanya dalam ruangan komen, dalam perkara ini (jersi pasukan), penaja juga memainkan peranan dan ia bukan 100 peratus kepada pengurusan.

"Setiap penaja ada bahagian (kepentingan) masing-masing dan itulah sebab kenapa mereka menaja.

"Bukan sekadar menentukan rupa, yang menaja ada hak dan bukan kita sendiri yang suka hati boleh pilih-pilih hodoh ke cantik," katanya.

Terdahulu, Perak dijangka melancarkan jersi rasmi pada penghujung Mac atau awal April walaupun saingan liga bakal bermula minggu ini.

Jenama sukan Lotto menjadi penaja rasmi jersi Perak pada musim 2022 namun rekaannya masih belum didedahkan kepada umum.

Menurut halaman Facebook, Perak The Yob, jersi tuan rumah Sabah FC dan KDA FC meletakkan logo kelab di bahagian tengah dada.

Berkemungkinan, Perak FC turut akan menggunakan rekaan sama seperti Sabah FC dan KDA FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

perak fc, kedah, sabah, jersi home, hodoh, hormat