KEDAH Darul Aman (KDA) FC secara rasminya melancarkan barisan jersi pasukan bagi musim 2022 yang dinanti-nantikan penyokong setianya pada pada Isnin.
Sebanyak tiga jersi dilancarkan serentak iaitu jersi home, away dan jersi penjaga gol dengan syarikat pakaian sukan Itali, Lotto menjadi penaja jersi manakala syarikat makanan kesihatan tempatan, DXN sebagai penaja rasmi pasukan.
Pelancaran jersi itu mendapat pelbagai reaksi berbeza dalam kalangan penyokong setia KDA FC di laman Facebook kelab tersebut.
Rata-rata penyokong rasa tidak puas hati mereka di Facebook berkenan rekaan jersi home pasukan yang berwarna kuning sepenuhnya, bahkan ada juga yang menyatakan bahawa rekaan jersi tersebut 'dicacatkan' dengan logo penaja utama yang dikatakan tidak sesuai dan terlalu menonjol.
Sementara itu, ada juga sebahagian penyokong yang beranggapan rekaan jersi tidak sepatutnya menjadi isu.
DUA cara untuk menutup mulut penyokong Kedah berhubung jersi. — Facebook
Kelab Penyokong Helang Merah - Hijau Kuning berpendapat, terdapat dua cara untuk menutup mulut penyokong Kedah berhubung jersi ni.
"Pertama, gameplay yang mantap dan kedua keputusan perlawanan yang positif (menang).
"Jika dua point di atas ni menjadi kenyataan, nescaya fans akan lupakan semuanya. Percayalah!," katanya di Facebook pada Isnin.
Salah seorang penyokong, Syed Ahmad Hafiz Al-Idrus meninggalkan komen bersetuju dengan kedua-dua point tersebut.
"Untuk aku, jersi tiada isu pun...rasa nak beli, beli...rasa tidak mahu beli, duduk diam-diam.
"Duit boleh buat beli barang rumah... Aku lebih suka tumpukan dua point kat atas tu," tulisnya.
TANGKAP layar komen peminat berhubung jersi tersebut. — Facebook
Komen Syed Ahmad turut dipersetujui seorang lagi penyokong, Azizie Gie yang berpendapat bahawa pemilikan jersi itu terpulang kepada peminat sama ada mahu membelinya atau tidak.
"Sama laa..duit masing-masing terpulang kepada diri sendiri nak beli ke tidak. Kalau nak sembang pasal pendapatan team yang selama ni berlambak juga yang beli baju uptown," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram