'Design' alternatif jersi Kedah buat peminat nak borong banyak


PILIHAN rekaan jersi home KDA FC. — Facebook Hijau Kuning Supporter

PERBINCANGAN mengenai jersi home dalam kalangan penyokong setia Kedah Darul Aman (KDA) FC masih mendapat hebat diperkatakan oleh peminatnya yang rata-rata tidak berkenan dengan rekaannya.

Sehinggakan ada dalam kalangan penyokong tegar KDA FC yang mengambil insiatif dengan membuat rekaan baru bagi jersi home pasukan itu untuk memuaskan hati para penyokong yang ingin membeli baju berkenaan.

Kelab penyokong Hijau Kuning Supporter dalam hantarannya di Facebook pada Isnin memberi dua pilihan jersi KDA FC yang mana pilihan pertama adalah jersi yang dilancarkan pada Isnin dengan semua logo terletak di bahagian tengah jersi.

Manakala pilihan kedua hanya logo penaja rasmi pasukan terletak di bahagian tengah sementara logo KDA FC terletak di bahagian kanan dan logo penaja jersi terletak di bahagian kiri.

Melihat pada ruangan komen, rata-rata penyokongnya memilih pilihan B iaitu rekaan dari penyokong pasukan Hijau Kuning itu dan memuji jersi home versi tersebut lebih cantik dari rekaan asal.

Untitled design (2)

TANGKAP layar komen dari penyokong KDA FC yang memilih rekaan B.

"B nampak cantik. Harap mereka keluarkan jenis B ini.. mesti laku habis." kata pengguna Facebook, Mohd Zaidie

"Baru boleh dikatakan main demi logo di dada," komen dari satu lagi peminat KDA FC, Suhaimy Sawai.

"Harap kalau tidak dapat jadi kenyataan B ini, mungkin ada pembekal copy ori mesti ada buat nanti..hehehe jadilah beli original away...copy ori Home (B)," kata Alif Jeffery.

Satu lagi kelab penyokong, The Red Eagle - Helang Merah dalam satu hantarannya seperti mencadangkan agar jalur berbentuk V (gambar, bawah) diletakkan di bahagian dada jersi.

Jersi Kedah

Dalam pada itu, bagi pengguna Facebook, Abu Saeif, walaupun rekaan B menarik namun logo dari penaja tidak boleh sesuka hati diubah memandangkan DXN merupakan penaja rasmi pasukan.

"Logo penaja tidak boleh ubah.itu logo syarikat dia, dia bina syarikat dia berpuluh tahun..dia keluar berjuta nak taja kedah..mana boleh kita minta dia ubah kedudukan atau kecilkan logo dia..dia pun nak logo dia di pandang seluruh manusia..yang patut dipertikaikan adalah logo Kedah dan logo Lotto yang letak symmetric," kata Abu Saeif.

Untitled design (3)

TANGKAP layar komen di hantaran itu.

Sementara itu, tidak kurang juga terdapat peminat yang tidak kisah dengan rekaan jersi pasukan KDA FC kerana bagi mereka bermain atas padang lebih penting berbanding menyarung jersi cantik namun persembahan tiada kualiti.

"A atau B, main bagi elok tahun ni. Baju elok main tidak elok tidak guna juga. Kasi pukul JDT. Itu yang penyokong mahu," kata pengguna Facebook, Nizam Ishak.

"Baju biarlah, janji main itu bagi gerun. Harap baju saja cantik, main tidak. Tiada guna pun," komen Deinpj Deinpj Deinpj.

KDA FC secara rasminya melancarkan barisan jersi pasukan bagi musim 2022 yang dinanti-nantikan penyokong setianya pada Isnin. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram