'Rekomen MB Kedah Presiden FAM, bab kontrak tengok macam mana JDT buat'


  • Podium
  • Sabtu, 26 Feb 2022

SISTEM beli jual pemain Liga-M perlu diperkemaskan bagi memastikan bola sepak tempatan tidak terus berada di takuk lama. — Gambar hiasan/ Facebook KDA FC

SPEKULASI masa depan pemain pertahanan Kuala Lumpur City FC (KL City), Daniel Ting hangat diperkatakan baru-baru ini.

Pemain itu dikhabarkan mempunyai masalah peribadi dan tidak dapat kembali ke Malaysia. Justeru, pihak pengurusan KL City mempertimbangkan untuk menamatkan kontraknya lebih awal.

Tidak lama selepas itu, ada pihak mendakwa cuba mendapatkan Ting secara pintu belakang dan susulan itu, kebanyakan warganet membuat andaian pasukan tersebut merupakan salah sebuah kelab di selatan tanah air.

Andaian itu timbul selepas kontroversi membabitkan beberapa pemain tempatan melibatkan kelab berkenaan sebelum ini.

Menjengah ke ruangan komen di media sosial, rata-rata warganet memberikan pandangan peribadi berhubung isu tersebut.

"Ini semua membunuh semangat kesukanan dan langsung tidak profesional, FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) dan MFL (Malaysian Football League) bagaikan lembu yang dicucuk hidung, Hamidin (Presiden FAM) out, Sanusi (Menteri Besar Kedah) in please," kata pengguna Facebook, Sarah Hamiza.

Namun, ada juga warganet mempertikaikan kelemahan kontrak yang dibuat oleh pasukan Liga Malaysia (Liga-M).

"Yang buat kontrak itu lemah, jangan salahkan orang lain. Kau tengok macam JDT (Johor Darul Takzim) buat. Kelab dari Argentina pun kena hukum dengan FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa).

"Kalau korang rasa JDT salah, lapor ke FIFA dan CAS (Mahkamah Timbang Tara Sukan) seperti mana konon-konon KFA (Kedah FA) buat, last-last tak buat. Hantar ke CAS, last-last JDT tak perlu bayar satu sen pun," ujar seorang pengguna Facebook, Ahmad Faizal.

Screenshot 2022-02-25 142300

ANTARA komen warganet di media sosial baru-baru ini. — Facebook

Pada masa sama, netizen turut mendesak FAM mahu pun MFL supaya duduk di meja bulat dan membincangkan tentang usaha untuk memperkemaskan sistem kontrak dan perpindahan pemain Liga-M.

Adakah FAM atau MFL tidak mahu Liga-M melangkah ke depan dan diangkat sama tinggi dengan liga-liga di negara serantau seperti Thailand?

Kalau masih terus di takuk lama, jangan kata Piala Dunia, mahu menang Piala Asia tentu jauh sekali. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram