Ronaldo pernah merayu minta burger


  • Podium
  • Khamis, 03 Feb 2022

RONALDO menempuh kehidupan yang sukar sebelum menjadi bintang sukan terkemuka dunia. — Reuters

PARA peminat bola sepak dunia sedia maklum bintang terkemuka, Cristiano Ronaldo bukanlah berasal daripada keluarga yang senang.

Dalam satu temuramah bersama wartawan, Piers Morgan pada 2019, Ronaldo mendedahkan kisah meminta burger di sebuah restoran makanan segera sewaktu usia remajanya.

Ronaldo ketika itu beraksi bersama pasukan remaja Sporting Lisbon dan jauh daripada keluarganya. Beliau menyifatkan tempoh berkenaan adalah waktu sukar dalam hidupnya.

Temuramah itu juga mencetuskan 'usaha' mencari tiga orang wanita yang membantu memberikan burger kepada Ronaldo termasuk seseorang dikenali sebagai Edna di media sosial.

"Pada lewat malam, sekitar pukul 10.30, 11 malam, kami berasa kelaparan. Restoran itu terletak berdekatan stadium di mana kami tinggal dan kami selalu pergi ke pintu belakang restoran dan bertanya sekiranya masih ada burger.

"Dan Edna serta dua lagi wanita, mereka sangat hebat. Saya tidak menjumpai mereka lagi.

"Saya bercakap dengan beberapa orang di Portugal untuk cuba mencari ketiga-tiga wanita itu tetapi restoran berkenaan sudah ditutup.

"Namun sekiranya temuramah ini akan membantu saya mencari mereka, saya akan berasa gembira.

"Saya mahu menjemput mereka ke Turin atau Lisbon untuk datang ke rumah saya, makan malam bersama saya dan saya mahu mencari mereka, secara jujurnya.

"Saya mahu memberikan sesuatu semula kepada mereka," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram