MASA depan pemain naturalisasi Kuala Lumpur City FC (KL City), Daniel Ting kekal menjadi tanda tanya menjelang musim baharu Liga Super.
Pemain itu dilaporkan masih belum melaporkan diri bersama skuad KL City dan dikatakan sukar untuk kembali ke Malaysia atas faktor peribadi.
Pengurusan KL City juga dilaporkan bersedia untuk menamatkan kontraknya lebih awal menerusi 'mutual agreement'.
Wujud dakwaan di media sosial bahawa Ting dikatakan menjadi buruan kelab tempatan lain.
Dakwa pihak tersebut lagi, kelab itu dikatakan cuba menggunakan 'pintu belakang' untuk mendapatkan Ting.
"Kalau ada team lain nakkan khidmat Ting, runding dengan KL. Bayar yuran perpindahan.
"Apa benda sikit-sikit nak tebus kontrak. Bila industri nak maju?" dakwa pengguna Twitter, @PiangShankly.
ANTARA komen warganet di media sosial. — Facebook
Sementara itu, menurut seorang pengguna Facebook, Football Agent Malaysia menerusi hantarannya, sekiranya perkara itu benar berlaku, tiada syarikat konglomerat atau individu terkaya mahu melabur dalam Liga Malaysia (Liga-M) jika isu berkenaan terus terjadi.
"Pertama kerana tiada yuran perpindahan yang boleh menyebabkan kelab berdepan kerugian mahu pun kebankrapan.
"Kedua pula nampak tiada penguatkuasaan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Malaysian Football League (MFL) berkenaan isu 'tapping up' ini kerana ia bukan perkara baharu dalam Liga-M," ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram