Mohd Faisal ada pesanan buat rakan sepasukan


  • Podium
  • Sabtu, 19 Feb 2022

MOHD Faisal menyertai KUFC dari Sri Pahang. — KUFC

PENDATANG baharu skuad Kelantan United (KUFC), Mohd Faisal Mohd Rosli berazam mempamerkan prestasi terbaik bagi membantu pasukan itu berada dalam kelompok empat terbaik pada kempen Liga Premier, yang akan bermula bulan depan.

Pemain pertahanan kiri berusia 31 tahun itu berkata, beliau akan menggunakan segala pengalaman ketika beraksi di Liga Super bersama Sri Pahang untuk merealisasikan sasaran itu.

"Berbekalkan pengalaman yang dimiliki, memberi motivasi dan keyakinan kepada saya untuk meletakkan skuad KUFC pada kedudukan terbaik dalam saingan Liga Premier musim 2022.

"Saya berharap rakan-rakan sepasukan turut memberikan prestasi terbaik dalam setiap perlawanan yang dilalui," kata pemain berasal dari Rompin, Pahang itu ketika dihubungi Bernama, pada Sabtu.

Bagaimanapun, Mohd Faisal berkata, terlebih dahulu beliau perlu bekerja keras untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram